Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.
Saturday, March 5
kesibukan
Monday, February 14
Memahami dan Menghayati Sirah dan Perjuangan Rasulullah S.A.W. Adalah Sifat Orang Mukmin
Saturday, February 12
Mengenang Persaudaraan Yang Manis
Alhamdulillah. Hampir seminggu sudah berada di tanah kelahiran, pulang bercuti menziarah keluarga. Sambil bersantai-santai malam menanti lelap, tiba-tiba ringan kaki mahu melepak di depan televisyen. Rupanya ada siaran langsung bual-bicara Ops Piramid di TV1, dengan pimpinan pelajar Mesir menjadi antara ahli panelnya. Namun dek kelewatan mengikuti rancangan, siaran tamat beberapa minit selepas itu.
Bagaimanapun saya sempat tertarik dengan cerita seorang wartawan yang turut menjadi panel, katanya:
“ Di Cairo Airport, ketika sedang menguruskan kepulangan para pelajar, saya lihat ada seorang Arab tua menangis. Saya tarik seorang pelajar yang tahu berbahasa arab supaya menanyakan masalah orang tua itu. Lalu si tua menjawab, beliau sedih kerana orang Malaysia yang baik-baik ni sudah pulang beramai-ramai. Beliau sangat kesal dengan kekacauan yang berlaku di Mesir hingga kerajaan Malaysia menarik rakyatnya pulang.”
Memang sudah diduga.
Saya terimbau ingatan seminggu lepas sewaktu masih berada di Ardhul Kinanah. Ketika segelintir rakyat Malaysia sedang gelabah biawak mahu lari pulang, seorang sahabat mengeluh kepada saya “ Aduh, inikah namanya persaudaraan Islam? Saat saudara Misriyun kita bergolak, kita lari beramai-ramai meninggalkan mereka. Bukankah tindakan ini akan menjatuhkan moral mereka? Walaupun tidak dapat menolong apa-apa, tapi bukankah kebersamaan kita akan meniup semangat kepada mereka?”
Saya tidak menyalahkan siapa-siapa. Terpulang kepada diri masing-masing. Tapi sejenak difikirkan, memang banyak benarnya.
Ada orang Britain menangis untuk pelajar Malaysia?
Ada orang Ireland atau Rusia menangis?
Orang Jepun, Australia atau India?
Indonesia yang serumpun itu, pernah mensyukuri kewujudan kita?
Tiada. Tapi Misriyun, saudara Islam di sana menangisi kehilangan kita.
Malizia, Ahsan Naas…..
Saya kira pujian itu berakar-umbi sejak perang Ramadhan 1973. Saat Ardhul Kinanah gontai diasak dua penjuru, saudara dari Nusantara sebelah sini menyinsing lengan terjun ke medan. Yang tidak mampu, berlumba-lumba menyumbang darah. Wanitanya bertungkus-lumus menjahit seragam angkatan. Tapi itu kenangan lama, cerita ayah dan emak kita. Generasi anak-anak hanya tersenyum simpul dipuji ‘Ahsan Naas’….
Memperingati persaudaraan yang manis, saya mengimbau lagi.
Hari ‘Jumaat Kemarahan’, 28 Januari. Saya berada di Jaami’ Al-Azhar saat saudara Misriyun merancang muzhaharat besar-besaran. Sengaja ingin mengucup tanah mulia di masjid tua itu sebelum bermusafir ke tanah air. Jemaah wanita berkurangan tak seperti selalu. Saya jangkakan khutbah hari itu akan panas berapi-api, rupanya hanya nasihat pendek sedingin air di kali. Imam mengingatkan muslimin bahawa insan yang paling mulia adalah yang terindah akhlaknya. Topik sesuai dengan demonstrasi yang akan meletus sebentar lagi. Usai salam terakhir, di luar masjid mula bingit. Saya panjangkan doa biar gelombang manusia itu pergi dulu. Sambil-sambil menunggu, muslimah di sebelah saya menegur. Dukturah Ibtisam, pensyarah Tibb Asnan di kuliyah banat Al-Azhar. Kami berbual sepatah-dua, lalu saya khabarkan minggu depan saya akan pulang bercuti. Selepas solat akan ke Husain mencari buah tangan buat keluarga. Segera dia menawarkan diri mahu menemani, tapi saya tolak dengan baik. Khuatir dia tidak selesa dengan langkah saya yang meraban sesuka hati. Sebelum berpisah, beliau minta saya mendoakannya. Saya senyum sahaja, berjanji akan mendoakannya dalam musafir kelak.
Rupanya di Khan El-Khalili sedang ribut. Lorong perniagaan menjadi tempat persembunyian mutazhahirin yang lari dari kejaran polis. Kedai-kedai ditutup. Saya hanya berdiri di kaki lima bersama sekumpulan ‘Arabi, kami menonton drama kejar-mengejar sambil menikmati semburan gas pemedih mata. Seorang gadis Arab menarik saya ke dalam kedai. Pakcik-pakcik bertanya saya adakah di Malaysia juga rakyat ber-demo begitu? Saya iyakan sahaja.
Hampa tak dapat semua yang dicari, jalan pulang ke Madinah Nasr juga menguji kesabaran. Dari Zuhur bawa ke Asar tiada kenderaan awam yang boleh ditumpang. Menjelang petang barulah dapat menahan teksi seorang ‘ammu tua. Rezeki saya dapat melihat perkampungan di celah-celah kuburan Muqattam, terasa makin faham dengan apa yang diminta para mutazhahirin. Ah, di celah kematian itu mereka menumpang hidup.
Berbual dalam perjalanan pulang, ‘ammu driver bertanya apa saya buat di Husain pada hari begitu, tak tahukah ada muzhaharat? Saya senyum saja. Jawab saya, ‘aiza syuf. Saje nak tengok. Bahkan saya minta kepada Allah supaya izinkan saya tengok. Pakcik driver senyum. Seperti Dukturah Ibtisam, dia juga minta saya doakannya dalam permusafiran nanti.
Dua tahun lepas di Iskandariah, juga di bulan Januari, saya saksikan demonstrasi anti-israel. Bayarannya saya dimarahi exco DPMI, sebelum disental pula dek UMI. Tak apa, kalau buahnya ialah pengalaman, persefahaman dan persaudaraan, saya rela. Melihat mereka dengan mata kepala, sama-sama takbir dan berdoa, saya kecapi ukhuwah yang tak dapat diterangkan. Jauh beza dengan apa yang disiar dek televisyen dan akhbar, mereka hanya meniup ketakutan yang tak bertempat.
Lantaran itu, Malizia Ahsan Naas lari pulang beramai-ramai.
Arab tua di lapangan terbang menangis kehilangan.
Mengenang persaudaraan yang manis….
Minggu lepas di Ardhul Kinanah. Bila saya menatap akhbar, pujian kepada syabab Misr yang keluar membenteng negara buat saya teringat ayah-ayah yang terjun ke medan, 38 tahun lalu. Bila saya lihat iklan derma darah, saya kenangkan pakcik-pakcik yang memberi infaq. Membaca kisah wanita Mesir menjaga rumah dengan dengan air panas buat menyimbah pencuri, saya teringatkan makcik-makcik Melayu yang bersama menjahit seragam jihad. Persaudaraan yang manis ini, satu anugerah yang tak ternilaikan. Namun 38 tahun kini, Malizia Ahsan Naas lari beramai-ramai….
Arab tua di lapangan terbang menangis kehilangan. Mungkin beliau adalah veteran perang Ramadhan 1973, siapa tahu.
Hanya secebis ingatan buat saudara-saudara di Perlembahan sana.
Takut susah, takut mati , ia adalah normaliti seorang insan, meskipun satu keanehan bagi seorang mukmin. Kerana junjungan mulia Rasulullah s.a.w sudah mengkhabarkan bahawa umat bongsunya ini akan menderita penyakit Wahn…
Allahumma asleh ummata Muhammadin s.a.w…
Ardhul Kinanah, kami akan kembali.
Friday, January 21
APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG
| Engkau ingin berjuang, Tapi tidak mampu menerima ujian Engkau ingin berjuang, Tapi engkau rosak oleh pujian Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan Engkau ingin berjuang, Tapi tidak begitu setia kawan Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sanggup berkorban Engkau ingin berjuang, Tapi ingin jadi pemimpin Engkau ingin berjuang, Menjadi pengikut agak segan Engkau ingin berjuang, Tolak ansur engkau tidak amalkan Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sanggup menerima cabaran Engkau ingin berjuang, Kesihatan dan kerehatan, Tidak sanggup engkau korbankan Engkau ingin berjuang, Tapi tidak mampu menerima ujian Engkau ingin berjuang, Tapi engkau rosak oleh pujian Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan, Engkau ingin berjuang, Masa tidak sanggup engkau luangkan Engkau ingin berjuang, Karenah isteri tidak kau tahan Engkau ingin berjuang, Rumahtangga lintang-pukang Engkau ingin berjuang, Diri engkau tidak engkau tingkatkan Engkau ingin berjuang, Disiplin diri engkau abaikan Engkau ingin berjuang, Janji kurang engkau tunaikan Engkau ingin berjuang, Kasih sayang engkau cuaikan Engkau ingin berjuang, Tetamu engkau abaikan Engkau ingin berjuang, Anak isteri engkau lupakan Engkau ingin berjuang, Ilmu berjuang engkau tinggalkan Engkau ingin berjuang, Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan Engkau ingin berjuang, Pandangan engkau tidak diselaraskan Engkau ingin berjuang, Rasa bertuhan engkau abaikan Engkau ingin berjuang, Iman dan taqwa engkau lupakan Ya sebenarnya apa yang Engkau hendak perjuangkan... APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG (Qatrunnada) |
| |
अदिक-बेरदिक
Adik-beradikku…Abangnya hebat bekerja…membantu tanpa mengenal siapa,Merancang dan menjaga keluarga..Membela dan berhadapan sehabis daya..Adiknya mampu berkata-kata..Petah tuturnya tidak terkata..Bertahan dan menghentam itu kelebihannyaMenyampaikan ilmu melalui lisannya…Adiknya pula kreatif tidak terkata..Orang menolak,dia boleh menerima..Orang ambil,dia buang pula…Membina,mencipta memang kelebihannya..Adikku pula rajin berusaha..Tidak kenal putus asa..Bersemangat dalam melakukan kerja..Bila ditanya,tak tahu penyudahnya…Si adik sibuk mengata,akan abang yang jarang bersua muka..Dikata si abang tak memikirkan keluarga..Apakan daya,si abang bekerja tanpa melihat sengsara,berkorban segala tanpa diperlihat kesusahannya..sedang si abang pun melihat adik-adiknya tiada kerja..meminta tolong,si adik menarik muka..meminta tolong ,si adik nampak memaksa..berbuatlah si abang tanpa banyak kata…si adik mengadu pada abang akan adiknya,yang dilihat malas bekerja,dirasanya dia saje yang berkerja..mentang-mentanglah petah katanya..sentiasa mahukan kemenangan dipihaknya..sikecil juga mengadu pada si abang akan perihal abang di atasnya,yang suka mengkritik tanpa melihat kemampuannya,dia melihat dirinya seolah-olah ada dan tiada,diperlukan , kadang-kadang dibuang…diamlah si abang, memikirkan adik-beradiknya,pelbagai karenah dan gaya,padahal benda yang lebih besar menjadi amanah mereka..benda-benda samping menjadi ukuran utama….Dalam meneruskan perjuangnya…Si abang berpesan kepada adik beradiknya..Bersatulah kalian dalam bekerja..menyampaikan amanah yang tertanggung ..agar kita menjadi penyambung..takdir menentukan..si abang di minta kembali..bertemu tuhan di alam yang abadi..tinggallah adik-beradik yang mula berdikari…mencari-cari Hikmah yang dimaksudkan…
Thursday, January 20
Tolonglah teman...
Tolonglah teman..
Menafsir dan menilai kesalahan diri
Perkara yg mudah dirasai
Hakikat ingin membawa perubahan diri
Pun sebenarnya sudah dijiwai
Tinggal aqal, gerak hati, tangan dan kaki
Yang menentukan
Catatan di kanan atau dikiri
Yang paling banyak dihisabi
Tolong teman,
Jangan dilambatkan misi ini,
Tarbiyah telah diberi,
Tazkirah pun sudah banyak jadi makanan rohani,
Kan kesatuan yang sedang di cari,
Kenapa masih leka dengan duniawi
Tolonglah teman,
Tinggalkan perkara leka dan menyesatkan jiwa,
Bantu mereka dalam barisan yg telah diamanahkan kpd kita,
Kelak kita akan ditanya,
Apa sumbangan pada agama
Tolonglah teman...
Pesanan buat sekian kalinya untuk kita,
Jangan kerana kita Islam terfitnah,
Jangan kerana kita kesatuan boleh berpecah,
Jangan kerana kita menggoyah perjalanan dakwah
Tolonglah teman,
Mengharapkan buah fikiran kamu,
Bersama-sama menggerakkan matlamat yang satu,
Moga hati-hati kita kembali bersatu,
Menjulang perjuangan yang kita bina suatu ketika dulu,
Agar berterusan untuk generasi baru...
Luah rasa
9.50 am ~ 20.1.2011 ~ Cairo
Untuk perkongsian sahabat-sahabat perjuangan,
Untuk ingatan ana dan semua..
Wednesday, January 19
watak sahabat sejati..
"Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu bersahabat, maka pilihlah sifatnya yang berikut:
1.Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2.Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu.
3.Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
4.Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5.Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
6.Jika ia melihat yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7.Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8.Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9.Jika datang suatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10.Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11.Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12.Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan."
Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa
Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...
-
Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...
-
نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول 1 المادة : اللغة العربية / الصف الاول بودي ...
-
(gambar ni search kat google).. huhu... Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang...