Tuesday, November 9

Nasihatilah Manusia Walaupun Engkau Seorang Pendosa

Nasihatilah Manusia Walaupun Engkau Seorang Pendosa
Mungkin ada sebahagian orang yang tidak tergerak hatinya untuk menasihati manusia, kerana ia merasa banyak melakukan dosa dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia.

Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira. Betapa tidak, kerana jika mesti menunggu sampai seseorang bersih dari dosa baru ia layak menasihati manusia, maka tidak ada seorangpun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tercinta.

Sebagaimana dikatakan seorang penyair:

إذا لم يعظ في الناس من هو مذنب
فمن يعظ العاصين بعد محمد

“Apabila seorang pendosa itu tidak menasihati manusia,
Maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah Nabi Muhammad kita”.

Sa’id bin Jubair berkata: “Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorangpun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar”.

Imam Malik setelah mendengar perkataan Sa’id bin Jubair berkata: “Benar apa yang dikatakan Sa’id. Siapakah yang tidak memiliki sedikitpun dosa dalam dirinya?”.

Al-Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah: “Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu”. Mutharrif menjawab: “Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan”.

Al-Hasan berkata lagi: “Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorangpun di antara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran”.

Berkata Ibnu Hazm: “Apabila orang yang mencegah dari perbuatan keji mesti orang yang tidak memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak ada seorangpun yang mencegah dari yang mungkar dan tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam.”

(Semua nukilan diatas dapat ditemukan dalam kitab al-Jami’ li Ahkamil Quran: 1/367, al-Qurtubi).

Imam Nawawi berkata:
“Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang memerintah kepada kebaikan atau orang yang mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam segala hal. Tapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan dalam hal yang ia ajak kepadanya, dan ia tetap mencegah kemungkaran walau ia terkadang mengerjakan apa yang ia cegah. Kerana sesungguhnya wajib pada dirinya dua perkara iaitu : mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran; dan mengajak orang lain ke arah kepada kebaikan dan mencegah mereka dari yang mungkar. Tidak boleh ia melalaikan salah satu dari dua perkara tersebut”.
(Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi).

Semoga kita termasuk orang-orang yang selalu saling menasihati dalam kebaikan.

Sudahkah Kita Beriman?

Pemuda dan pemudiku,

Ujian akan menimpa seluruh manusia, dan tidak mungkin ada seorangpun yang dikecualikan dari ujian ini. Baik dia muda atau sudah tua, baik dia wanita atau lelaki, baik dia ulamak ataupun bukan.

Allah swt berfirman:-
الم

[1] Alif, Laam, Miim.

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

[2] Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
[3] Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

(Al-Ankabut: 1-3)

Di dalam ayat di atas Allah swt menyatakan manusia akan diuji dengan menghadapi berbagai ujian dalam berbagai bentuk. Jika iman mereka termasuk iman jenis ikutan dan iman berdasarkan aqal (ilmiah) maka manusia itu tidak akan lulus di dalam ujian. Hanyalah iman hati yang yakin dengan sebenar-benar yakin sahajalah yang akan berjaya.

Dari mana iman ikutan diperolehi? Tentu dari ayah dan ibu, jelas dari membesarnya seseorang dilingkungan Islam.

Dari mana pula iman aqal (ilmiah) diperolehi? Sudah tentu dari kuliah secara khusus disekolah dan universiti atau ditepi jalan melalui pembacaan serta mimbar dan mihrab di masjid, surau dan pondok pengajian.

Oleh itu, kepada pemuda dan pemudiku banyaklah menghadiri majlis ilmu dan membaca, sehingga masalah-masalah keTuhanan hadir di dalam pemikiran dengan disertai dalil dan hujjah. Serta banyaklah berdamping dengan ulamak yang baik budi perkerti dan akhlaknya. Kerana diakhir zaman ini ada ulamak yang buruk akhlaknya.

Mungkin pemuda dan pemudiku merasakan kami bukan dari jurusan pengajian Islam dan kami hanya belajar ditepi jalan mengenai Islam ini, oleh itu mana mungkin kami mencapai keimanan yang kukuh.

Sedarlah, pemuda dan pemudiku Bilal bin Rabah ra., seorang Habsi yang hitam, tidak pernah mendapat ijazah atau mengajar dimana-mana Universiti Islam. Namun imannya kepada Allah tertanam kukuh walau dada di hempap dengan batu yang panas di tengah terikan matahari oleh pihak musyrikin Mekah.

Pemuda dan pemudiku,

Selepas kamu mendapat iman ikutan dan aqal (ilmiah) itu, berusahalah untuk memperolehi iman hati yang yakin seyakin-yakinnya, seperti yang dizahirkan oleh Bilal bin Rabah ra.. Caranya tidak ada, melainkan dengan membina hubungan dengan Allah swt. Iman hati menuntut seseorang untuk beribadah:-

Firman Allah swt:-

وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ

[99] Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu keyakinan.

(Al-Hijr: 99)

Al-Quran telah mengajar kita, jika kita ingin yakin kita mesti beribadah kepada Tuhan. Dengan ibadahlah kita akan memperkuatkan hubungan kita dengan Allah swt.

Iman hati dapat diperolehi dengan jalan mengerjakan solat pada waktunya dan menghadiri solat jamaah.

Masjid dan surau adalah tempat perlindungan dari jin dan syaitan. Solat secara berjamaah dan berbagai majlis ibadah lain di masjid dan surau merupakan duri di mata syaitan, jin dan manusia. Selain ia merupakan duri bagi musuh, pada saat yang sama ia merupakan cahaya bagi hati kita.

Pemuda dan pemudi ku,

Kerjakanlah solat pada awal waktu dengan penuh khusyuk dan khudhuk. Kerana sesungguhnya kita sedang berbual dengan Allah swt ketika kita sedang bersolat.

Ketika kita mengatakan, "Hanya kepada Mu ya Allah kami menyembah dan hanya kepada mu ya Allah kami memohon pertolongan."

Ketahuilah bahawa ketika itu kita berada dibawah pemerhatian Allah dan bahawa sesungguhnya solat kita yang penuh khusyuk dan khudhuk adalah merupakan mikraj rohani kita kepada Tuhan Pencipta Alam.

Selanjutnya iman hati dapat dibina sehingga hati dipenuhi cahaya ialah dengan membantu makhluk Allah yang memerlukan bantuan semampu kita. Jika kita tidak mampu membantu manusia pada hari tersebut sekurang-kurangnya bantulah binatang.

Akhirnya, iman hati dapat dibina dengan menjauhi perbuatan dosa. Dosa akan meninggalkan titik hitam dihati. Dosa yang paling mudah sekarang ini adalah dosa hanya melalui klik dihujung jari. Awasi jangan terjebak, sehingga akhirnya ketagih.

Hati yang penuh dengan titik hitam, mana mungkin membimbing manusia lain kepada Nur Ilahi.

Itu semua adalah ujian, "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji?"

Selamat menempuh ujian dan berjaya dengan cemerlang.


dari-http://arisawang.blogspot.com

Thursday, November 4

Alhamdulillah

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang menaip...setelah hampir 2 minggu keadan kesihatan yang kurang baik..mungkin disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak menentu akhir-akhir ini...

sekejap sejuk...tetiba panas...de orang kata tu demam rindu Malaysia...de orang lain kata...kawin je la... de pula orang kata ...tu nak hakis dosa...ape2 la...yang pastinya masih lagi kurang sihat...

Alhamdulillah,hari ni da mula cerdas dan cergas...tapi masih batuk2...masih mampu membuka mata dan bernafas..jadi kulangkahkan kaki pergi ke Universiti Al-Azhar seawal pagi..disebabkan hari ini khamis,jadi terpaksa menaiki teksi,selalunya 10pound...tapi disebabkan naik teksi meter..hari ni kena bayar 15.25pound egypt....xpe2...tujuan diteruskan...sesampai je kat bahagian hal ehwal pelajar(syuun)...tetiba dimaki terus oleh pakcik pejabat tu...die ckp..segala urusan buat hari sabtu...huhu...aku terngintai2 kat ingkap,tengok2 pe je keje pakcik tadi...huhu...tengah menulis...mungkin sibuk kot...maka kuteruskan langkah pergi ke maktabah darussalam...maka ku habikan masa ku di situ...huhu...


takde ape nak cerita,sekadar keluar n nak keluarkan peluh sahaja...Alhamdulillah kesihatan a bertambah baik...:)

Wednesday, October 27

Perbaiki Diri


salam...post ni dikala diri ini sedang meneguk-neguk air kopi pekat berperisa 'caramellato',disamping kek 'coconut date tart' disebuah tempat minum yang dinamakan 'COSTA CAFE'...ni kali ketiga datang ke tempat begini. Maka terhasillah....

Sahabat yang di rahmati Allah,
Semoga Allah sentiasa memberkati serta merahmati kalian dan dibahagiakan dengan keredhaan-Nya. Sentiasa beroleh taufik, hidayah dan keimanan mendalam. Hiasilah diri kalian dengan akhlak Islam dan ketakwaan yang tinggi, mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Jadilah kalian penyuluh ke jalan kebenaran. Elakkan kaki kalian menuju ke lorong maksiat dan keingkaran. Pimpinlah tangan rakan-rakan ke jalan ketaatan serta kejayaan hakiki.

Dalam kesibukan kalian memburu cita-cita dan kerjaya, ambillah sedikit waktu untuk meneliti hakikat kejadian kalian. Renungkan maksud firman Allah s.w.t. dalam surah Az-Zariat ayat 20-21, "Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang yakin, dan juga pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memerhatikan?"

Dengan itu Allah memerintah supaya memikirkan penciptaan diri kita. Untuk apa kita diciptakan? Fikirlah tentang tanda-tanda kekuasaan-Nya dalam penciptaan makhluk-Nya yang lain. Fikirkan tentang penciptaan bumi serta segala yang terkandung di dalamnya. Seterusnya fikirkan tanda-tanda kekuasaan Allah dalam penciptaan lautan yang mengandungi berbagai kehidupan yang bermanfaat kepada kita.

Usah pula lupa untuk memikirkan kekuasaan Allah dalam penciptaan langit. Selidikilah sistem cakerawala supaya kalian merasai keajaiban ciptaan Allah. Sesungguhnya dengan memerhatikan setiap ciptaan Allah akan terbit rasa mengagungkan Allah yang tiada tolok bandingnya. Inilah akan melahirkan keinsafan dihati kalian seterusnya dapat menghampirkan diri dengan Allah, menjadikan kalian Muslim dan sentiasa taat dengan perintah-Nya.

Sahabat yang yang dikasihi,
Sepanjang kesibukan kalian untuk cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan maka hayatilah maksud firman Allah s.w.t. dalam surah Ali-Imran, ayat 191, "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api Neraka'."

Oleh itu, sentiasalah meneliti serta menilai kualiti diri kalian kerana kalian tidak dijadikan untuk sia-sia. Adakah semua anggota badan yang Allah kurniakan telah digunakan sebaik-baiknya untuk mentaati Allah? Usahlah hanya mengingati Allah ketika saat menderita dan genting sahaja. Fikirkanlah mengenai kewajipan sebagai hamba Allah. Gunakanlah segala kurniaan Allah untuk melaksanakan ketaatan kepada-Nya. Terhadap dosa dan kesilapan yang pernah dilakukan, berazamlah untuk tidak mengulanginya. Sentiasalah bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t. Sentiasalah bertekat untuk melaksanakan ketaatan dengan lebih baik pada masa-masa mendatang.

Marilah kita renung sebuah riwayat yang membentangkan keberuntungan kita sebagai umat Muhammad s.a.w.
Nabi Adam a.s. telah berkata : "Sesungguhnya Allah kurniakan umat Muhammad s.a.w empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku :
1.Allah menerima taubatku di Mekah sahaja tetapi umat Muhammad tetap diterima taubat di mana sahaja mereka berada.
2.Aku berpakaian, apabila aku engkar dijadikan-Nya aku telanjang, tetapi umat Muhammad melakukan maksiat dalam telanjang tetapi Allah terus beri mereka pakaian.
3.Apabila aku melakukan dosa, terpisah aku daripada isteriku tetapi umat Muhammad melakukan maksiat kepada Allah tidak dipisahkan mereka daripada isteri mereka.
4.Aku melakukan dosa di dalam Syurga dan dikeluarkan aku darinya, tetapi umat Muhammad melakukan maksiat kepada Allah diluar Syurga, dimasukkannya ke dalam Syurga setelah bertaubat."

Maka bersyukurlah kepada Allah wahai sahabatku, betapa banyaknya nikmat Allah yang kalian terima. Syukur itu berhubung dengan hati, lidah dan anggota badan. Dengan hati kita beraqidah bersih terhadap Allah dan berperasaan baik terhadap semua makhluk. Dengan lidah kita mengucapkan kata puji-pujian kepada Allah dan kata-kata yang mendekatkan manusia kepada Allah. Dengan anggota badan ertinya kita menggunakan semua pancaindera untuk mentaati-Nya serta menjauhi maksiat.

Firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih.”
(Surah Ibrahim, ayat 7).

Kita disuruh bersyukur bukan saja apabila mendapat kemewahan atau apa yang dihajati tercapai. Sebaliknya, rasa bersyukur juga di atas ciptaan Allah yang menjadikan dunia ini untuk kemudahan manusia serta seluruh kehidupan lain di dunia ini.

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: “Tidaklah kekayaan itu dgn banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.”
( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam setiap perbuatan hendaklah ikhlas, dengan hanya mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Dengan ini akan ujud hati yang tenang, lapang, bebas dari sebarang tekanan dan kerungsingan.

Akhir kata,setiap manusia inginkan perubahan, dan perubahan ke arah kebaikan itu lebih dituntut. Dalam melakukan perubahan, janganlah kita lari dari panduan yang ditetapkan oleh Ilahi. Dan jangan memandang serong akan sahabat-sahabat kita yang mahu lakukan perubahan ke arah kebaikan, berilah semangat dan jangan jadi penghalang kepada perubahan, Moga ALLAH bersama kita dalam setiap tindakan...


Jom...pulang, kopi pun da habis diminum..huhu

Tuesday, October 26

peringatan bersama

Hadis Nabi s.a.w mengenai buruk sangka dan mencari aib orang lain.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda maksudnya : "Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka kerana buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Monday, October 25

benarkah kita???


salam...malas nak ulas panjang-panjang...ada yang menyokong ada yang membangkang, sedangkan ALLAH dah turunkan garis panduan, adakah yang kita buat ini mengikut pensyariatan???

sekali pandang pun dah jelas, yang terdedah sana sini, itu ke busana islam???
kembalilah ke pangkal jalan, takkan nak tunggu musibah baru nak cakap kebenaran...

nah...ambillah kalam tuhan sebagai panduan, adakah kita ni di pihak yang mempertahankan kebenaran atau membentengi kesalahan, kenapa tak mahu diperbetulkan.







Maksudnya : “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya”. ( Surah An-Nuur, Ayat 31 ).




tak kira lah penaung atau penganjur yang menjadi khilaf, yang penting kesemuanya berkongsi saham.

ulasan ku sendiri:

'bercakap benar walaupun pahit'

Sunday, October 24

fikir-fikirkanlah....

ASSALAMMUALAIKUM
Sila baca, renung, dan fikir2kan bersma. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruhtubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah... " Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... " " Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam alQuran" "Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia" "Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa.. alahai....alahai...




di copy dari....

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...