Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.
Sunday, October 17
bersabar kerana Allah
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan berapa ramai para nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah (mental) kerana bencana yang menimpa di jalan Allah, tidak lesu (dalam penampilan), dan tidak menyerah (dalam aktiviti). Allah menyukai orang-orang yang sabar."
(Surah Ali Imran ayat 146)
Menurut Imam Ghazali, sabar adalah sifat khas manusia yang tidak dimiliki makhluk-makhluk lain. Oleh itu, sabar amat penting dan utama dalam mengharungi kehidupan.
Bahkan kemaksiatan yang tumbuh dalam masyarakat juga disebabkan oleh manusia yang tidak sabar dalam menghadapi kehidupan dunia yang penuh dinamik.
Abu Talib al- Makky berkata, "Banyaknya kemaksiatan yang dilakukan oleh sesaorang kerana dua perkara ; Pertama : Kerana sedikitnya kesabaran terhadap sesuatu yang disenangi atau disukai. Kedua : Kerana sedikitnya kesabaran terhadap sesuatu yang tidak disukai."
Namun demikian, masih ramai umat Islam yang keliru dalam memahami ertikata sabar. Ada yang menyangka, sabar bererti 'mengusap dada' setiap kali menghadapi masaalah hidup. Ada pula mengungkap sabar itu ada batasnya, lalu apabila sampai dibatasnya kesabaran akan hilang ! Adakah ini sudah memadai untuk dinamakan sabar?
Dari ayat 146 surah Ali Imran menunjukkan sekurang-kurangnya terdapat tiga kriteria orang sabar iaitu :
Pertama : Tidak pengecut atau lemah mental apabila berhadapan dengan kesulitan hidup. Dia dapat mengawal diri dan segera menstabilkan emosi dan mentalnya, sebelum orang lain menasihatkannya.
Pada suatu ketika, Rasulullah s.a.w melintasi sebuah kawasan perkuburan. Baginda melihat seorang ibu menangis tersedu-sedu sambil menutup mukanya diatas pusara anaknya yang baru sahaja dimakamkan. Nabi menghampiri seraya bersabda yang bermaksud :"Wahai ibu, bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah."
"Engkau tak tahu apa yang aku rasakan," katanya.
Nabi pun meninggalkannya. Seorang sahabat yang menyaksikan peristiwa tersebut, berkata kepada wanita tadi, "Adakah engkau tahu, siapa yang berbicara denganmu tadi? Itu adalah Rasulullah s.a.w!
Wanita itu terkejut. Bergegas dia mengejar Nabi Muhammad s.a.w ingin meminta maaf atas kelancangan perilakunya. Ketika bertemu, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya sabar yang sejati hanyalah pada saat seseorang terkena musibah untuk kali pertama!"
Kedua : Dia merasa tidak lesu dari segi penampilannya. Seseorang yang bersifat sabar tidak pernah merasa perlu menampilkan kesedihan atau kesulitan masaalahnya kepada orang lain. Diraut wajahnya tidak menampakkan kelesuan atau kesugulan walaupun berapa sulitnya masaalah yang dihadapinya. Dia sedar betul bahawa tiada manusia didunia ini yang tidak luput dari masaalah. Untuk dia bertenang menghadapi keadaan ini dia sentiasa berhubung dengan Allah s.w.t. dengan dia berdoa, bermunajat, bersolat tahajjud, berzikir dan membaca Al-Quran.
Ketiga : Tidak menyerah atau tunduk darisegi aktiviti. Seorang yang sabar sentiasa memelihara ketekunan dan ketahanan dirinya. Dia sentiasa gigih dalan usaha mencapai sasarannya. Dia seorang yang tidak kenal perkataan putus asa. Tidak ada dalam kamus hidupnya putus harapan. Dia tidak mudah patah semangat apabila berhadapan dengan kegagalan. Dia selalu memelihara dan mengembangkan sikap positif dan optimis dalam hidupnya. Jika dia menemui kegagalan hari ini dia akan cuba sekali lagi keesokan harinya. Jika esoknya dia masih gagal, dia cuba kembali pada hari lusanya. Yang pasti dia tidak akan memilih untuk duduk diam tanpa usaha yang berterusan.
Seringkali manusia lupa bahawa hidup didunia berbedza dengan akhirat. Diakhirat segala sesuatu menjadi serba kekal. Seseorang hanya akan merasakan bahagia yang terus menerus didalam Syurga, atau sebaliknya mendapat siksa yang kekal di Neraka Jahannam. Sebaliknya kehidupan didunia bersifat fana, sementara dan penuh pancaroba. Suka-duka, berjaya-gagal,rahmat dan bencana datang silih berganti. Pada suatu ketika seseorang itu berada diatas manakala pada ketika yang lain dia berada dibawah. Dalam suasana yang demikian sifat sabar amat diperlukan.
Oleh itu sifat sabar perlulah menjadi pakaian hidup kita. Kita bersabar dan istiqamah dan kekal didalam keimanan kepada Allah s.w.t dan rukun-rukun iman yang lain. Kita bersabar untuk sentiasa hidup dan melaksanakan ajaran-ajaran Islam yang sempurna sebagai ad-deen, semuga dengan ini, insya Allah dengan berkat kesabaran kita didunia, kita akan dapat menikmati kebahagian kehidupan yang kekal abadi di hari Akhirat.
Tuesday, October 12
kawal hati...kaya peribadi
sahabat-sahabatku yang Allah bahagiakan dengan nikmat Islam; Mari sama-sama kita singkap sejarah keagungan Islam yag memaparkan kepada kita bukti tentang hati yang menjadi pusat kawalan kepada setiap tindakan jasad...
"Mengapa dia tidak memasuki syurga dengan berlari kencang bersama angkatan pertama para sahabat Rasulullah?".
Beberapa orang sahabat Rasulullah menyampaikan teguran Saydatina Aisyah pada Abdurrahman bin Auf. Abbdurahman sendiri mengakui bahawa dia pernah terdengar Rasulullah s.a.w. bersabda demikian. Malah dia ingat hadis-hadis tersebut telah diulang Nabi s.a.w beberapa kali dengan susunan kata-kata yang berbeza.
Sebelum mengemaskan barang-barang dagangan yang dibawanya, Abdurrahman terus menuju ke rumah Saydatina Aisyah r.a.
Abdurrahman bin Auf: "Wahai ummul mukminin, anda telah mengingatkan saya kepada hadis yang sentiasa saya ingati. Dengan ini saya berharap anda menjadi saksi, bahawa kafilah ini serta seluruh muatan dan kelengkapan juga kenderaanya, saya sumbangkan di jalan Allah s.w.t! Bahagikanlah semuanya kepada penduduk madinah".
Sungguh tulus hati Abdurrahman bin Auf. Meski pun dia merpakan ahli perniagaan paling berjaya di kalangan sahabat-sahabat Rasulullah, namun dia tidak membiarkan keuntungan akhirat diatasi oleh dunia semata-mata. Sepanjang hayatnya dia telah menguruskan harta kekayaannya dengan sifat dermawan dan hati yang sentiasa mengharapan keredhaan Allah.
sahabat-sahabat tercinta! Dalam membiayai kehidupan hari ini tidak dinafikan dengan wang dan kekayaan sangat diperlukan. Namun sebagai seorang muslim sewajarnya kita memastikan harta yang kita miliki memberi manfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat. Juga menepati ciri-ciri harta yang barakah;
- Membuat pemiliknya merasa qanaah(puas dan cukup)
- Pemiliknya merasakan harta itu sebagai pinjaman dari Allah, dia sekadar pengurus amanah.
- Pribadi miliknya dihormati kerana bijak menggunakan harta di jalan kebajikan dengan banyak bersedekah di samping mengeluarkan zakat.
Begitulah sahabat-sahabatku yang gigih!
Iman dan takwa yang memenuhi hati merupakan kekayaan hakiki yang mampu mengawal kemewahan fizikal dan material menepati keredhaan Allah. Seiring dengan itu akan membawa manfaat kepada orang lain, seperti mana maksud sabda Rasulullah s.a.w; "Sebaik-baik manusia ialah dia yang membawa manfaat kepada orang lain".
Suatu Masa Dulu, Suatu Masa Kini.........
Budi adalah sakti
Budi tak dijual beli
Budi sangat diingati
Suatu Masa Dulu...
Atas Budi ditambat janji
Janji setia Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun
Takkan mengaib dan berbunuh
Suatu Masa Dulu...
Atas Budi, raja didaulat
Air kaki raja menjadi ubat
Ketulahan raja China yang tak kenal pangkat
Suatu Masa Dulu...
Budi bahasa diberi percuma
Budi bahasa maruah harganya
Budi bahasa tiada galang gantinya
Suatu Masa Dulu....
Atas Budi, nenek moyang bergurindam
Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Budi tiada nilai erti
Yang ada hanya tuan dan kuli
tunjuk sana tunjuk sini
Suatu Masa Kini,
Budi hanya hiasan di akhbar
Jadi lencana menteri dan pembesar
Ditolak tarik ikut selera besar
Suatu Masa Kini,
Budi bahasa harganya diletak
Aku bayar, kau bergerak
No Money, No Talk
Suatu Masa Kini,
Budi itu gantinya duit
Diberilah istilah menyelit-nyelit
Panggil rasuah kang, orang hamun bukan sikit
Suatu Masa Kini,
Budi itu andalnya ringgit
Aku dah kredit, ngko kene debit
Belakang hari jangan ngko menguit
Suatu Masa Kini,
Kerana budi hilang maruah
Idea tenaga habis ditarah
Balasnya bukan ukhuwah mahupun hadiah
Tapi ludah dan sampah
Suatu Masa Dulu....
Budi itu hadiah
Dari tuhan yang maha pemurah
Budi pencetus saudara dan ukhuwah
Budi membina masyarakat bermaruah
Suatu Masa Kini,
Budi itu sampah
Pemberinya dilayan tak bermaruah
Dicampak ke tepi mahupun ke bawah
Dek ulat dan lintah-lintah
Alahai Budi.........
sy copy dari.....(pinggir segala kalbu)
Monday, October 11
............................................................
الإسلام نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعا
فهو دولة ووطن أو حكومة وأمة
وهو خلق وقوة أو رحمة وعدالة
وهو ثقافة وقانون أو علم وقضاء
وهو مادة أو كسب وغنى وهو جهاد ودعوة
kisah ulama'
Pada satu ketika, saya ternampak suatu cahaya terang benderang yang memenuhi seluruh langit. Kemudian suatu bentuk manusia kelihatan di dalamnya dan ia berkata :
"Wahai Abd Qadir, akulah Allah, Tuhanmu. Aku telah menghalalkan segala perkara yang haram bagimu."
Saya menjawab, "Berambuslah wahai syaitan."
Sebaik saja saya mengucapkan kata-kata tersebut, cahaya di langit tadi bertukar menjadi gelap dan bentuk manusia itu mendesir menjadi asap.
Kemudian saya terdengar seorang berkata :
"Wahai Abd Qadir, aku telah menyesatkan tujuh puluh ahli Sufi dengan cara ini, tetapi Allah telah menyelamatkan kamu disebabkan ilmu dan takwamu."
Mendengar kata-kata itu, saya pun membalas, "Tidak. Itu cuma rahmat Allah Ta'ala."
Sesudah Syeikh Abd Qadir menceritakankan peristiwa tersebut, salah seorang pendengar bertanya, "Bagaimana kamu tahu itu adalah syaitan?"
"Ketika dia berkata dia telah menghalalkan bagi saya perkara yang haram." jawab Syeikh Abd Qadir.
Beliau selalu memberitahu muridnya bahawa apa-apa amalan yang bercanggah dengan suruhan Allah, maka sudah tentu itu adalah amalan syaitan. Dalam hal yang demikian, hendaklah seseorang kembali kepada ajaran syariat, mengukuhkan iman dan melawan kecenderungan nafsu dengan bersungguh-sungguh. Apa jua yang tidak dibenarkan oleh syariat sudah tentu menyesatkan.
Kisah Kedua :Ketakwaan Ibrahim Adham.
Ibrahim Adham mengambil upah menjaga dusun delima. Tetapi dia tidak pernah memakan walau sebiji pun buah delima di dusun itu.
Apabila ditanya tuan punya dusun itu, dia berkata :
"Tuan mengupah saya untuk menjaga dusun ini supaya subur dan berbuah banyak. Tetapi tuan tidak pernah menyatakan keizinan supaya saya merasai buahnya."
Kisah Ketiga : Keperibadian Sayyidina Ali Zainal Abidin r.a.
Sayyidina Ali Zainal Abidin bin Sayyidina Hussein bin Sayyidina Ali r.a. digelar sebagai As-Sajjad (orang yang kuat mendirikan solat). Beliau adalah seorang ahli ibadah yang taat kepada Allah dan Rasulnya. Dilahirkan di kota Madinah pada tahun 33 H.
Beliau solat sunat seribu rekaat sehari semalam dan tidak pernah meninggalkan qiamullail. Ali Zainal Abidin adalah seorang yang khusyuk dalam solat. Dia sangat takut kepada Allah. Ketika beliau berwuduk wajahnya menjadi pucat dan gementar seluruh tubuh badannya.
Apabila di tanya, "Kenapa wajah tuan menjadi pucat dan seluruh anggota badan tuan mengeletar?"
Beliau menjawab, "Tahukah kamu saya akan berdiri di hadapan siapa?"
Pernah pada suatu ketika, beliau baru melangkah keluar dari masjid, seorang lelaki menemuinya dan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik padanya. Namun beliau tidak membalas dengan kata-kata yang serupa. Tetapi dia bertanya : "Apa lagi yang tuan tidak ketahui mengenai diri saya. Adakah tuan memerlukan sesuatu sehingga saya dapat membantu tuan?"
Lelaki tersebut merasa malu. Malah beliau memberinya seribu dirham kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut bertambah malu lalu berkata : "Saya bersaksi bahawa tuan adalah cucu Rasulullah," Demikian tinggi akhlak Sayyidina Ali Zainal Abidin r.a yang membalas tuba dengan susu.
Setiap malam beliau memikul sendiri guni berisi makanan untuk disedekahkan kepada fakir miskin di kota Madinah. Apabila ditanya mengapa beliau berbuat demikian, cicit Nabi yang mulia ini hanya berkata : "Memberi sedekah secara sembunyi-sembunyi dapat memadamkan murka Allah."
Beliau juga tidak pernah menagih hutang, sangat menyayangi binatang. Malah beliau tidak pernah memukul kudanya ketika menungganginya sama ada dalam perang atau ketika mengerjakan haji.
Beliau meninggal dunia di kota Madinah pada 94 Hijrah dan di semayamkan di perkuburan Baqi', dekat makam Sayyidina Hasan. Tiada warisan yang paling mulia selain ilmu yang di tinggalkannya kepada kita.
siapalah aku jika nak dibandingkan dengan kisah-kisah hidup ulama....
Thursday, October 7
Setahun Yang Lalu
perjalanan ini kian jauh
tidak kusangka
aku akan berjalan sejauh ini
tidak kuduga
sedikit kesusahan itu membawa aku ke tahap ini
sedikit linangan keringat
dan linangan airmata itu
adalah mutiara berharga saat ini
mudah mudahan kaki ini
akan terus teguh berdiri
dan terus mendaki
agar langkah ini lebih lancar berlari
(disini ukhwah terbina)

(indahnya bersama mereka....sahabat-sahabat yang bersama saya,ketika mana saya dalam keadaan susah dan tertekan...mereka-mereka ini bersama saya...selama 13 hari berkurung dalam bilik mesyuarat bagi menyelesaikan beberapa masalah....)terima kasih ku ucapkan kepada :
2.ustaz ali imran
3.ustaz hamizan
4.ustaz hairul nizam
5.ustazah liyana
tak lupe juga kepada diriku sendiri...yang ditekan oleh orang-orang sekeliling.....
(kepada mereka yang diatas,saya tak mampu berikan apa-apa kepada kalian, moga syurga ALLAH menjadi balasannya)
***********
cane ek rasanya...masa buat kerja ni, isteri ustaz wan ngah sarat mengandung...datang memberikan pertolongan seawal pagi,pulang dalam jam 3 pagi...(maafkan saya ustaz wan...tak terniat nak susahkan)
(maka terhasillah)
hanya mereka yang tahu situasi akan memahami......
Jaulah AJKT ke Shoubro....
bersama-sama ahli BKAWM di Shoubro....
meluangkan masa bersama ahli
merangkap adik beradik serumah...bilik 202...
jika diikutkan masa...masa ni terlalu padat dengan program...lalu ku curi sedikit masa bersama mereka..kerana mereka sebahagian dari ku...
bersam-sama meluangkan masa riadah berkuda
kek hari lahir
dari HEWI sesi 2009/2010
syukran sangat2...diri ini amat menghargai....
saya ingat je besday kalian, tapi diri ini xpandai nak buat kek...maaf....
mereka kemalangan....
masak kuah kacang malam raya...
bersama pimpinan dan ahli....
1 ramadhan
hari-hari terakhir,sebelum menjadi mantan...
**************************************************************
buat kalian,rasailah kemanisan....dan tinggalkan lah kepahitan itu kepadaku...kerana ku mahu sahabat-sahabat merasakan manis nya berjuang dalam satu barisan....
IndahNya Perjuangan, jika ukhwah dihadapan...
******************
maaf kerna xdpat jd contoh terbaik kepada kalia,
maaf banyak benda yang xdapat dilangsaikan
maaf sebab banyak buat silap
maaf kerana ini diri saya....
ini yang mampuku lakukan
......................................
Perjuangan itu gerun dan menggerikan
Hebat dan dasyat menggerunkan hati
Bagi mukmin sini harga dan nilainya
Perjuangan itu bagai sampan dilaut
Di atas lama tiada perlindungan
Dibawah air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda
*
Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa lapar yang garang
Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan
Ya Allah...
Bantulah kami di dunia dan akhirat
Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi ia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang Esa
***********************
mengalu-alukan komentar....sekiranya ada...huhu
Ucapan Kenang-kenangan...
PENYATA KEWANGAN BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR (BKAWM)
SESI 2009/2010
PENDAHULUAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Firman Allah Taala:
“Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu sehingga kamu dapat menetap di atasnya, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya lah kamu kembali setelah dibangkitkan.”
Segala puji bagi Allah Taala Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam buat penghulu para Nabi, junjungan besar Rasullullah S.A.W, ahli keluarga serta para sahabat baginda Rasullullah S.A.W. selautan kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana di atas limpah rahmat dan kasih sayang-Nya,kita dipertemukan sekali lagi di dalam Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM kali ke-12 pada hari ini.
Umum mengetahui,kewangan bukanlah matlamat utama dalam kehidupan manusia sepertimana yang dianjurkan di dalam ajaran islam, namun kewangan itu merupakan salah satu wasilah untuk memudahkan kehidupan manusia, begitu juga apabila ia diaplikasikan dalam sesebuah organisasi maka ianya sangat penting dalam memastikan segala agenda yang dirancang dapat direalisasikan bersama dengan jayanya. Dan seseungguhnya perkara berkaitan kewangan ini adalah amanah yang sangat berat. Oleh yang demikian pihak Jabatan Bendahari Agung BKAWM bertanggungjawab dalam mengurus kewangan agar pentadbiran yang didokongi berjalan dengan lancar demi memastikan kelangsungan BKAWM sentiasa berterusan di Perlembahan Nil ini.
Kami dari Jabatan Bendahari Agung BKAWM sesi 2009/2010, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan Juru Audit BKAWM, JawatanKuasa Kewangan BKAWM yang banyak mengerah idea mahupun tenaga dalam memastikan kelancaran perjalanan kewangan bagi sesi ini. Juga terima kasih kepada semua ahli dan AJKT yang memberikan kerjasama terbaik dalam sesi ini. Di kesempatan ini saya ingin juga menyusun sepuluh jari seandainya terdapat hak-hak yang tidak tertunai dan semoga segala muhasabah yang diberikan akan lebih memantapkan lagi gerak kerja Jabatan Bendahari Agung pada sesi akan datang.
Sekian,
“PERKASA WEHDAH CETUS KECEMERLANGAN”
“BERILMU, BERAMAL, BERBAKTI”
Yang menjalankan amanah,
(ROSLIZAN BIN MOHD YUSOF)
Bendahari Agung,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir,
Sesi 2009/2010
*****************************************************************************************
Alhamdulillah,sekarang dah jadi 'mantan'.....
Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa
Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...
-
Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...
-
(gambar ni search kat google).. huhu... Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang...
-
نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول 1 المادة : اللغة العربية / الصف الاول بودي ...
