Wednesday, August 11

Ramadhan yang sama,natijah berbeza

alhamdulillah yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah kerana masih memberi peluang kepadaku untuk menerima kunjungan Ramadhan...
Sahabat yang dikasihi sekalian,para sahabat,alim ulama yang terdahulu cukup gembira serta meraikan akan kehadiran bulan yang dilimpahi rahmat ini,bagaimana pula kita...
bagaimana persediaan kita...dalam bulan ini ALLAH menjanjikan promosi-promosi besar-besaran yang pasti menghasilkan syurgaNya,lalu bagaimanakah percaturan akal kita dalam usaha mengaut segala kelebihan dalam bulan ini....

teringat akan beberapa kata-kata....


Institusi Ramadhan.. Kelahiran graduannya ialah insan yang BERTAQWA. Masuk tanpa bayaran beribu malah ia datang dengan arahan Allah sebagai tetamu mesti diraikan oleh kita selaku Hamba. Dan pula membawa ole2 dan buah tangan "Rahmat Allah" , "keampunan Allah" dan "terhindar dari neraka Allah" kepada HambaNya. Marilah bersungguh2 "melayan" tetamu iaitu menghidupkan hari-hari Ramadhan. Mg beroleh TAQWA..




‎"...Ramadhan adalah bulan tarbiyyah dan jhad bagi pejuang-pejuang Islam.
Kedatangan Ramadhan adalah proses untuk menundukkan hawa nafsu yang
sentiasa bergelodak dalam jiwa untuk mengabaikan jihad dan perjuangan.
Andainya hawa nafsu boleh ditundukkan dengan jalan lain (bukan berpuasa)
nescaya Allah akan mewajibkannya. Namun bilamana A...llah mewajibkan puasa
kepada umat dahulu dan sekarang, bermakna hawa nafsu hanya dapat
dikawal melalui ibadah puasa..."


sahabat yang dikasihi,
perlunya nilai taqwa dalam amalan seharian kita,lantas suburkan lah ia dan realisasikanlah pencariannya didalam bulan yang mulia ini...kita telah pun menjejakkan kaki ke bulan pentarbiyahan..

dan kita telah memasuki madrasah ramadhan....bagaimana percaturan .....
bagaimana strategi untuk mentarbiah nafsu dalam masa sebulan untuk menghadapi 11 bulan yang akan mendatang.....sedangkan nafsu ini telah ditarbiah dengan baik selama 11 bulan untuk menghadapi ramadhan oleh s#itan ............
syaitan dibelenggu,tapi anak didik syaitan???

lalu dimanakah kita...bersediakah kita....

Ramadhan yang sama,natijah berbeza...

Tuesday, August 10

ketibaan tetamu | ramadhan |


Salam rahmat dan barakah yang melimpah-ruah! Wahai setiap diri yang sentiasa mengecapi kasih sayang Ilahi... Lihat dan renungilah perjalanan hidup insan hari ini yang terpapar di hadapan mata kita... Berbagai ragam dan corak diiringi isu yang silih berganti. ADAKAH MENEPATI KEHENDAK ALLAH? Kita diberikan Allah keupayaan untuk berfikir. Sewajarnya kita berfikir mengikut neraca kebenaran. hayati maksud firman Allah; "Maha Suci Allah yang di tanganNya segala kerajaan, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu, yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu siapa di antaramu yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun"(QS Al-Mulk:1-2)
Sedarilah! Hakikat keimanan memerlukan kepada bukti pengorbanan dan perjuangan. Jalannya panjang, memenuhi sepanjang hayat. Setiap diri mukmin dalam meniti jalan berliku ini sangat memerlukan perlindungan Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melindungi hambaNya yang berhubung terus kepadaNya, yang bertawakkal kepadaNya, yang berpegang kepada kitabNya dan yang mengikuti sunah NabiNya. Juga pada hakikatnya jalan ke Syurga dipenuhi kesusahan, manakala jalan ke Neraka dihiasi keindahan hawa nafsu. Rasulullah SAW telah menegaskan di dalam sabdanya yang bermaksud;
"Orang-orang mukmin sentiasa di ambang lima dugaan yang susah:
* mukmin yang dengki kepadanya,
* munafik yang benci kepadanya,
* kafir yang memeranginya,
* syaitan yang menyesatkannya,
* nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya."
Ketahuilah!
"Maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa."(QS Al-Baqarah: 97)
Pintalah kepada Allah semoga dengan bekalan taqwa, kita akan berjaya dan selamat daripada segala yang ditakuti. Juga berjaya mencapai segala yang dicita-citakan. Bekalan ini juga mampu melindungi kita dari segala bentuk penyelewengan yang boleh memesongkan kita dari jalan kebenaran dan keredhaan Allah.
Kini RAMADHAN DATANG LAGI...
Ia satu bulan istimewa dan dahulunya sangat dinantikan oleh para sahabat Rasulullah SAW. Ramadhan bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Kawajipan berpuasa pula telah Allah hubung kaitkan dengan bulan Ramadhan. Hayati maksud firman Allah;
"Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelummu, agar kamu bertaqwa."(QS Al-Baqarah: 183)
jadi puasa itu akan meningkatkan taqwa setiap mukmin. Juga menjadi perisai yang mampu melindungi kita dari sebarang kejahatan.
Dahulunya...Jika disebut saja Ramadhan, sahabat-sahabat Rasulullah seolah-olah diperingatkan dengan sebuah taman bunga yang harum semerbak baunya. Dijadikan tempat persinggahan untuk berehat sebentar dan menambah perbekalan...Dalam perjalanan melalui padang pasir kehidupan yang panas dan meletihkan. Allah telah menjadikan hikmah yang cukup banyak dalam bulan Ramadhan. Seandainya setiap muslim mukmin mengetahui semua keistimewaan dan ganjaran pada bulan Ramadhan, pasti kita semua berhajat supaya sepanjang tahun menjadi seperti bulan Ramadhan. Dari itu, marilah sedapatnya kita bersungguh-sungguh melipat gandakan bekalan dan menambah kesempurnaan ibadah puasa. Mari kita jadikan puasa Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Mari kita teliti satu persatu kesan yang sepatutnya kita perolehi dalam melaksanakan ibadah puasa, menepati yang Allah kehendaki;
1. Puasa menyuburkan sifat ikhlas kepada Allah serta cinta kepadaNya semata-mata. Puasa itu rahsia di antara Allah dan hambaNya. Orang yang berpuasa menahan dorongan nafsu sepanjang hari bulan Ramadhan. Ini memberikan kita latihan mendisiplinkan diri sepanajng masa dan dalam apa jua keadaan.
2. Puasa menerbitkan sifat sabar dalam diri orang yang berpuasa. Sifat sabar ini mampu menolong melintasi segala halangan dan meneruskan hidup tanpa rasa lesu dan malas.
3. Puasa menghias orang yang berpuasa dengan sifat hilm - sifat penyantun. Sifat penyantun mampu menberi kekuatan untuk menahan marah. Setiap orang yang berpuasa akan menahan marahnya dengan mengucapkan, 'aku ini sedang berpuasa.'
4. Puasa juga menyuburkan sifat pengasih. Puasa akan menjadikan perut ringan dan meninggikan jiwa. Hati menjadi jernih dan bersinarlah caahya kejujuran pada wajah orang yang berpuasa. Nurani yang bersih pula mudah bersimpati kepada fakir miskin dan orang yang memerlukan bantuan. Bersedekah pun menjadi mudah sepanjang waktu berpuasa.
5. Puasa menerbitkan rasa bersyukur dan gembira dalam hati orang yang berpuasa. Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang berpuasa itu mendapat dua kegembiraan, sekali di waktu berbuka dan sekali lagi pada waktu bertemu dengan Tuhannya."
6. Puasa memperkuat ikatan sesama kaum muslimin dengan rasa persaudaraan. Seluruh umat Islam di serata pelusuk dunia serentak berpuasa pada bulan Ramadhan. Dengan ini memberi rasa kesatuan yang tidak mengira warna kulit dan bangsa.
Yakinlah!
Puasa adalah satu latihan kerohanian yang berkesan untuk memperkuatkan kemahuan dan kesungguhan. Puasa memastikan dorongan iman dan taqwa sebagai penguasa kepada keperluan dan tindakan jasad. Dengan demikian, jasad menuruti arahan taqwa dari hati yang teguh. Pada masa yang sama dapat mengawal desakan nafsu yang sentiasa mesti diluruskan dengan iman. Oleh itu rebutlah sebanyak mungkin peluang meningkatkan taqwa. Agar nanti kita sentiasa beroleh redha Allah.
Wassalam.

Saturday, August 7

persediaan Ramadhan


alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mengisi kekosongan ini dengan beberapa peringatan,memandangkan kita akan menerima kunjungan Ramadhan tidak lama lagi,jadi apakah persediaan kita untuk menyambut dan menghidupkan bulan yang mulia ini,bulan yang banyak ditawarkan promosi-promosi pahala...

Bagaimanakah cara terbaik menyambut ketibaan bulan yang mulia ini? Hal ini supaya seorang muslim itu tidak leka di dalam musim beramal ini dan semoga dia termasuk orang yang berlumba-lumba dan bersaing di dalam beramal ibadah di dalam bulan ini. Firman Allah: “Maka hendaklah berlomba-lomba orang yang berlomba-lomba”. (Al-Mutaffifin: 26)

Seorang muslim sewajarnya menyambut Ramadhan dengan melakukan perkara berikut:

1.Berdoa supaya Allah menyampaikan anda ke bulan Ramadhan dalam keadaan yang sihat sejahtera supaya giat dan cergas beribadah kepada Allah; berpuasa, qiam, zikir.
Dari Anas bin Malik r.a berkata: “Nabi saw apabila tiba bulan Rejab baginda akan berdoa: “ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. (Ahmad dan Tabrani)

Para Salafussoleh berdoa kepada Allah supaya menyampaikan mereka ke bulan Ramadhan, kemudian berdoa supaya mereka dapat menyambut Ramadhan. Apabila kelihatan anak bulan Ramadhan mereka bergegas berdoa dengan berkata: “Allah Maha Besar, Ya Allah anugerahilah kami keamanan, keimanan, keselamatan dan Islam. Limpahkanlah kami taufik seperti yang Engkau sukai dan redhai, Tuhanku dan TuhanMu adalah Allah”. (Termizi, Darimi dan disahihkan oleh Ibn Hibban)

2. Panjatkan pujian dan syukur di atas kesampaiannya kepada Ramadhan. Menurut Imam Nawawi Rahimahullah di dalam Kitab Al-Azkar: “Ketahuilah bahawa Allah sangat menyukai orang yang apabila memperolehi nikmat yang zahir dan mengelakkan daripada terkena sesuatu kecelakaan yang zahir dia akan bersujud dan memuji-muji Allah kerana syukur kepadaNya”.

Di antara nikmat yang paling besar yang Allah kurniakan kepada hamba ialah taufik dan hidayah untuk melakukan ketaatan dan ibadah. Justeru suatu nikmat yang besar apabila seorang tiba bulan Ramadhan dalam keadaan kesihatan yang baik. Dengan itu sewajarnya dia bersyukur dan memuji Allah sebagai pemberi nikmat dan kelebihan kepadanya. Berilah pujian sebanyak-banyaknya sepertimana yang patut dilakukan kepada Allah SWT yang memiliki keagungan dan ketinggian kekuasaan.



3. Bergembira dan suka dengan kedatangan Ramadhan. Satu riwayat yang sahih dari Rasulullah saw, bahwa baginda akan menggembirakan para sahabat dengan kedatangan bulan Ramadhan sambil bersabda: “Telah datang bulan Ramadhan, bulan yang pernah keberkatan yang Allah wajibkan puasa di dalamnya, di bulan ini dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka”. (Ahmad)

Para Salafussoleh yang terdiri dari para Sahabat dan Tabien sangat memberi perhatian dengan kedatangan bulan Ramadhan serta bergembira dengan ketibaannya kerana mereka gembira menerima berita yang paling besar tentang hampirnya bulan Ramadhan yang merupakan musim ibadat dan turunnya rahmat.

4. Berazam dan merancang aktiviti supaya dapat mengambil manfaat dari Ramadhan. Apa yang menyedihkan ramai orang termasuk orang yang beragama merancang dengan teliti tentang urusan dunia, tetapi tidak ramai yang berbuat demikian dalam urusan akhirat. Ini disebabkan tiada kesedaran tentang tugas dan tanggungjwab mukmin di dalam kehidupan ini, lupa atau leka bahawa seorang muslim memperolehi peluang yang banyak bersama Allah dan temu janji penting untuk mendidik jiwanya sehingga teguh di atas urusan ini. Di antara contoh rancangan kepada akhirat ialah, rancangan untuk memenuhi Ramadhan dengan ketaatan dan ibadah. Justeru seorang muslim hemdaklah menentukan agenda atau program praktikal untuk memenuhi siang dan malam Ramadhan dengan ibadah kepada Allah. Pesanan yang anda tatap ini membantu anda untuk memenuhi Ramdhan dengan ibadah dan ketaatan kepada Allah. Insya Allah.

5. Menyematkan tekad dan azam yang teguh untuk memenuhi dan memaksimakan masa di bulan Ramadhan dengan amalan soleh. Oleh itu orang yang benar dengan keimanan kepada Allah pastilah Allah akan menolong dan memudahkan untuknya berada di jalan yang baik. Firman Allah: “Padahal jika mereka benar-benar (beriman) kepada Allah, pastilah yang demikian itu lebih baik baginya”. (Muhammad: 21)

6. Berilmu pengetahuan tentang hukum-hakam Ramadhan kerana seorang mukmin yang menyembah Allah wajib mempunyai pengetahuan dan tidak dibenarkan sama sekali jahil tentang perkara-perkara fadhu yang telah Allah wajibkan ke atas hambaNya. Oleh itu tentang puasa Ramadhan, seorang muslim sewajarnya mempelajari permasalahan dan hukum puasa supaya ibadah puasanya betul dan diterima Allah. Firman Allah: “Maka tanyakanlah kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui”. (Al-Anbiya’: 7)

7. Kita hendaklah menyambut ketibaan Ramdhan dengan azam untuk meninggalkan noda dan dosa serta bertaubat dengan sebenar-benarnya daripada semua keburukan, menyesal dan tidak mengulanginya semula. Ramadhan adalah bulan taubat. Justeru jika tidak bertaubat pada bulan ini bila lagi mahu bertaubat? Firman Allah: “Dan bertaubatlah kamu semua kepada
Allah, wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung”. (An-Nur: 31)

8. Mempersiapkan jiwa dan ruh melalui pembacaan dan ulangkaji ke atas buku, artikel dan mendengar kaset dan cd ceramah agama berkenaan fadilat dan hukum-hakam puasa sehingga jiwa benar-benar bersedia untuk melakukan ketaatan dan ibadah. Nabi saw ketika mempersiapkan jiwa para sahabatnya untuk merebut kelebihan bulan ini dengan telah berpesan semasa di penghujung Sya’ban: “Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan..” (Ahmad dan Nasai)

9. Bersedia dengan sebaik-baiknya untuk gerak kerja dakwah:
- Menyampaikan beberapa pesanan dan tazkirah dengan pengisian yang baik di masjid dan surau tempatan.
- Mengedarkan risalah dan buletin ringkas yang berkaitan Ramadhan kepada para jemaah dan penduduk tempatan
- Menyediakan hadiah Ramadhan sekadar kemampuan anda dan yang bersesuaian seperti hadiah cd, buku, majalah dan sebagainya. Tulislah ini adalah hadiah Ramadhan.
- Mengingati orang miskin dan fakir dan sentiasa bersedekah dan berzakat kepada mereka.

10.Kita menyambut Ramadhan dengan membuka lembaran putih dan bersinar bersama:
- Allah dengan bertaubat
- Rasul saw dengan mentaati apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang dan ditegah
- Ibubapa, jiran tetangga, kaum kerabat, suami isteri, anak-anak dengan berbuat baik dan menghubungkan silaturrahim.
- Masyarakat yang anda hidup bersamanya dengan menjadi hamba yang soleh dan berguna. Sabda nabi saw: “Sebaik-baik manusia ialah yang paling berguna kepada manusia (masyarakat)”.

Demikian langkah yang diambil oleh seorang muslim semasa menyambut ramadhan seakan-akan seperti bumi yang kemarau menantikan hujan, pesakit yang menantikan kedatangan doktor yang akan merawat dan kekasih yang menanti kedatangan kekasih yang berjauhan.

Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Thursday, August 5

tunaikan | Hak Muslim Terhadap Muslim |


Hak sebagai seorang Muslim kepada Muslim yang lain.

Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Hak muslim terhadap muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:
1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.
3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah) nya.
(Hadis Riwayat Muslim)


888888888888888888888888888888888


Sahabat yang dirahmati Allah, Sebagai seorang Muslim kita mempunyai beberapa tanggungjawab dan hak kepada saudara sesama Muslim. Tanggungjawab ini kita tidak boleh di abaikan dan memandang ringan sahaja. Apabila kita dengan ikhlas memenuhi tanggungjawab ini maka kita akan mendapat pahala dan ganjaran yang besar disisi Allah s.w.t. Begitu juga sebaliknya apabila kita tinggalkan tanggungjawab dan hak sesama Muslim kita akan mendapat dosa dan di akhirat nanti Allah s.w.t. akan murka kepada kita.

Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Hak Muslim terhadap Muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:
1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.
3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia. 6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah) nya. (Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan, Terdapat enam hak yang perlu kita tunaikan terhadap saudara kita sesama Muslim dengan kita melaksanakannya kita akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Kamu tidak akan masuk Syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu saya tunjukkan kepada sesuatu jika kamu lakukan kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam antara sesama kamu".
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a).

Apabila Rasulullah s.a.w bertanya Iblis apakah tindakkannya apabila umatnya memberi salam sesama mereka, maka Iblis berkata :
"Ya Nabi Allah, akan pecahlah daku apabila umatmu bertemu dijalanan lantas salah seorang daripadanya memberi salam dan yang lain menjawabnya sehingga aku menangis, melolong kesedihan. Kerana keduanya telah mendapat keampunan setelah keduanya berpisah".

Salam adalah salah satu bukti keindahan Islam, karena jika masing-masing Muslim yang bertemu dengan rakannya seagama mereka akan saling mendoakan keselematan agar terhindar daripada keburukan dan juga saling mengharapkan agar Allah mencucuri rahmat dan berkat di dalam hidup rakannya. Selain itu juga biasanya salam akan diikuti olih ucapan-ucapan yang sesuai dan muka yang manis sehingga terjalin rasa kasih sayang dan kemesraan antara sesama mereka, dan salam juga dapat menjauhkan dari perasaan kasar, hasad dengki, dendam dan pemutusan hubungan silaturrahmi.

Salam adalah hak Muslim ke atas Muslim lainnya. Dan ke atas Muslim yang mendapat ucapan salam hendaklah membalas ucapan tersebut dengan ucapan yang lebih baik ataupun dengan ucapan yang serupa.

Firman Allah s.w.t maksudnya :
“Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa. Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu”.
(Surah An-Nisaa ayat 86)

2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya

Kalau Muslim mengundangmu untuk suatu upacara atau jamuan yang munasabah seperti perkahwinan, aqikah, kenduri kesyukuran dan lain-lain maka penuhilah undangannya itu. Dia sebenarnya telah menyatakan penghormatannya terhadapmu dengan undangan tersebut. Olih sebab itu janganlah kamu hampakan harapannya itu, kecuali jika ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan.

Malah, ada ulama mengatakan wajib menghadirinya sekiranya tiada halangan untuk hadir ke majlis tersebut berdasarkan riwayat Imam Bukhari daripada Ibn ‘Umar bahawa Rasulullah bersabda maksudnya : “Apabila di jemput oleh saudaramu ke kenduri kahwin maka hadirilah”.

Di dalam hadis yang lain riwayat Bukhari juga daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda : “Sesiapa tinggalkan jemputan tersebut, dia melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul”

Rasulullah bersabda maksudnya : “Seburuk-buruk makanan kenduri kahwin itu dihalangnya orang yang mahu datang dan memanggil orang yang enggan datang. Dan barangsiapa yang tidak menghadiri jemputan tersebut, dia melakukan maksiat kepada Allah dan RasulNya “
(Hadis Riwayat Muslim) 3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.

Kalau dia memohon nasihatmu tentang sesuatu pekerjaan, apakah sebaiknya dia lakukan ataupun tidak? Maka nasihatilah dia sebagaimana kamu mengambil keputusan dan menginginkan untuk dirimu sendiri. Sekiranya menurut pertimbanganmu baik maka doronglah dia melakukannya dan sekiranya bolih mendatangkan mudharat maka ingatkanlah dan cegahlah dia melakukannya.

Tetapi jika perbuatan tersebut mengandungi kedua-duanya (baik dan buruk) maka jelaskanlah kepadanya dan buatlah pertimbangan yang wajar. Ini termasuk nasihat dalam mencari jodoh, rakan kongsi dalam usaha dan lain-lain. Perlakukanlah Muslim lain yang memohon nasihatmu sebagaimana kamu memperlakukannya untuk dirimu sendiri. Hindarkanlah segala unsur penipuan di dalamnya. Nasihat hukumnya wajib secara mutlak tetapi hukumnya akan menjadi lebih wajib jika ia dipinta olih Muslim lain. Imam An-Nawawy berkata: Pensyaratan memberi nasihat jika dipinta, hanya terbatas pada masalah dunia. Tetapi jika bersangkutan dengan masalah agama, kita wajib memberi nasihat walaupun tidak dipinta.

4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.

Bersin adalah nikmat Allah karena angin yang terperangkap pada bahagian badan dipermudahkan olih Allah untuk keluar sehingga insan merasa lega. Olih sebab itu disyari’atkan kepadanya agar bersyukur kepada Allah dengan mengucapkan tahmid اَلْحَمْدُ للَّه (segala puji milik Allah).

Dan disyaria’atkan pula kepada saudara seagamanya yang mendengar tahmiditu untuk mentasymitkan/mendoakannya
يَرْحَمُكَ الله (semoga Allah mencucuri rahmat). Dan selanjutnya Muslim yang bersin tadi disuruh olih agama agar menjawab tasymit itu dengan doa يَهْدِيكُمُ الله ويُصْلِحُ بَالَكُمْ (semoga Allah memberimua petunjuk dan memperbaiki hatimu).

Barangsiapa yang tidsk bertahmid (memuji Allah) ketika bersin maka dia tidak berhak mendapat tasymit dari Muslim lainnya.

Dia tidak bolih menyalahkan Muslim lain dalam hal ini, tetapi hendaklah dia menyalahkan dirinya sendiri. Dia sebenarnya, dengan tidak bertahmid itu, dia telah luput dari dua nikmat:

Pertama: Nikmat Alhamdulillah
Kedua: Nikmat tasymit dari Muslim lain.

5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.

Menziarahi orang sakit sama ada di hospital atau rumah termasuk antara kunjungan diwajibkan.

Diriwayatkan Imam Ahmad: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa mengunjungi orang sakit, tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan memintakan ampun kepadanya hingga petang. Baginya pahala satu tahun di Syurga. Dan jika ia mengunjunginya pada malam hari, maka tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan semua memintakan ampun untuknya hingga pagi. Dan baginya pahala satu tahun di Syurga."

Daripada Anas bin Malik pula mengungkapkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Barang siapa berwuduk dengan sempurna lalu berkunjung kepada saudaranya yang sakit semata-mata mengharap reda Allah, ia akan dijauhkan daripada api Neraka sejauh perjalanan 60 kharif (satu kharif bersamaan dengan satu tahun)."

Sementara Abu Hurairah menyatakan Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Barang siapa berkunjung kepada saudaranya yang sakit, maka seseorang menyeru dari langit: Beruntunglah engkau, beruntunglah perjalananmu dan sungguh engkau sudah membangun rumah di Syurga."

Mengunjungi Muslim yang sedang sakit adalah suatu kewajiban ke atas Muslim lain. Lebih-lebih lagi jika pesakit itu kaum kerabat dan handai tolannya sendiri. Mengunjungi orang sakit tersmasuk salah satu amal salih yang sangat afdhal. Rahmat Allah senantiasa menaungi diri pesakit dan orang yang mengunjunginya.

Orang yang datang berkunjung sebaiknya mendoakan untuk pesakit agar dia lekas sembuh dan menasihatinya supaya memperbanyak taubat dan berpesan dengan pesan-pesan penting lainnya.
Pengunjung janganlah terlalu lama duduk dan berbual dengan pesakit kecuali dalam hal-hal tertentu.

6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah) nya.

Barangsiapa yang mengikuti penyempurnaan jenazah hingga solat jenazah maka dia akan memperolihi ganjaran satu qirath, dan barangsiapa yang mengikutinya hingga dikebumikan maka dia akan memperolihi ganjaran dua qirath. Mengikuti jenazah adalah hak Allah, hak jenazah dan hak kaum kerabatnya yang masih hidup.

“Suatu ketika kami semua berada di Baqi’ Al-Gharqad untuk menghantar jenazah seseorang. Pada saat itu Nabi s.a.w mendatangi tempat kami, lalu baginda duduk dan kami semua pun duduk mengelilinginya dan bersama baginda ada sebatang tongkat.”
(Hadis riwayat Bukhari)

Sahabat yang dimuliakan,
Pendidikan yang terkandung di dalam hadis ini amatlah sederhana kelihatannya, tetapi bila direnung dengan cermat sebenarnya ia mengandungi pengajaran yang amat mendalam.

Nabi s.a.w. ingin mendidik dan membentuk peribadi dan sikap kita terhadap Muslim lain agar selalu tolong-menolong, saling hormat-menghormati, saling doa-mendoakan agar selamat selalu; bukan saling kutuk mengutuk, hidup nafsi-nafsi dan saling salah-menyalahkan.

Tanamkan pada jiwa kita, sahabat-sahabat yang lain dan anak-anak bahwa kemuliaan dan kesempurnaan seseorang di sisi Allah bukanlah hanya terletak pada penyermpurnaannya terhadap hak Allah saja, tetapi kesempurnaan manusia adalah sangat tergantung sampai di mana dia dapat menyempurnakan semua hak: hak Allah, hak diri, hak keluarga, hak masyarakat, hak sesama insan, hak sesama Muslim, hak tetangga, hak jalan, hak makhluk lain selain manusia dan lain-lain.

Wednesday, August 4

mereka yang mulia

Wahai setiap hati yang Allah kasihi;
Hati fitrahnya perlu diperingatkan selalu,
Moga dengan catatan kecil ini hati tersentuh untuk tertingkat ketaqwaan.


Rasulullah SAW berkata dalam wasiatnya kepada Abu Hurairah, "Wahai Abu Hurairah! Hendaklah engkau mengikut jalan sesuatu kaum. Jika manusia lain merasa takut, mereka tidak takut. Jika manusia mencari keselamatan dari api neraka, mereka tidak takut."

Abu Hurairah bertanya, "Siapakah mereka itu? Terangkan dan jelaskan mereka itu padaku hingga aku dapat mengenalinya."

Rasulullah menjawab, "Suatu kaum dari umatku di akhir zaman. Mereka berkumpul pada hari kiamat di tempat berkumpulnya para nabi. Manusia lain menyangka bahawa mereka adalah para Nabi dari keadaan yang mereka lihat. Apabila aku katakan, "Umatku, umatku." Maka para makhluk mengetahui bahawa mereka bukanlah para Nabi. Mereka berlalu seperti kilat dan angin. Pandangan mata yang hadir kagum dengan cahaya mereka."

Abu Hurairah berkata, "Wahai Rasulullah, kemukakan padaku apakah amalan mereka. Mudah-mudahan aku dapat mengikuti mereka."


Rasulullah SAW menjawab, "Kaum itu telah menempuh jalan yang sukar hingga sampai kepada tingkatan para nabi:
* Mereka memilih lapar setelah Allah memberikan peluang untuk sentiasa kenyang.
* Mereka memilih pakaian kasar setelah Allah memberi mereka pilihan berbagai pakaian.
* Mereka memilih haus setelah Allah memberi mereka rasa puas.
* Mereka meninggalkan itu semua kerana mengharap apa yang ada di sisi Allah; redha dan syurga.
* Mereka meninggalkan yang halal kerana takut banyak dihisab.
* Mereka sibuk bergaul dengan manusia pada zahir mereka, di hati mereka sibuk beribadah dan mengingati Allah.
Para nabi dan malaikat takjub dengan ketaatan mereka kepada Allah.
Kebahagiaan bagi mereka! Kebahagiaan bagi mereka! Aku ingin agar Allah mengumpulkan aku bersama mereka."

Kemudian Rasulullah SAW menangis kerana rindu kepada mereka. Lalu baginda berkata; "Jika Allah hendak mengazab penghuni bumi lalu memandang mereka, maka Dia berpaling dan tidak jadi menurunkan azab. Barang siapa berpaling dari jalan mereka, maka ia akan terbeban kerana kerasnya hisab."

Tuesday, August 3

update



alhamdulillah,dapat mencuri sedikit masa untuk memasukkan sesuatu ke dalam ruangan blog ni...

kekurangan masa untuk menghadap internet,disebabkan beberapa faktor....


kesempatan yang ada ni nak seru kepada mereka yang masih wujud di Mesir ni untuk sama-sama memeriahkan 'program menyambut hari kebangsaan (KEKAL '10)...
sekalung tahniah kepada PMRAM yang menjangkau usia 80 tahun....
moga medan ini terus berkhidmat dan berbakti untuk masyarakat Malaysia,bagi melahirkan generasi pemimpin dan ulama bagi memenuhi keperluan di MALAYSIA...




(semoga ALLAH pelihara persatuan kami)

Sunday, August 1

coretan yang sedikit

Alhamdulillah bersyukur ke Hadrat ALLAH yang masih memberi nikmat terbesar kepada kita,memberikan ruang masa dan peluang untuk mengabdikan diri kepadanya.
Selawat dan salam buat junjungan Nabi tercinta,para sahabat,keluarga dan penjunjung perjuangan Baginda yang mulia.
Alhamdulillah masih mampu menaip dalam ruang lingkup kesihatan yang agak kurang memberangsangkan,berdepan pula dengan berbagai situasi-situasi yang agak menguji diri,ditambah pula dengan kekangan yang pelbagai.
Walau apapun kesyukuran tetap dipanjatkan kerana semua yang berlaku adalah pentarbiyahan dari tuhan buat hambaNya yang agak pelupa memahami akan erti syukur.

Sahabat yang dikasihi sekalian,
dalam kehidupan kita sehari-harian kita tidak dapat lari dari nikmat-nikmat yang diberikan oleh ALLAH SWT kepada kita,bermula dari celiknya mata dari tidur,kita mula bernafas menggunakan udara ciptanNYA.tidak dinafikan kita mengucapkan syukur atas pemberiaanNYA,tapi memadaikah dengan hanya sekadar ungkapan syukur yang bermain dibibir,tanpa pengamatan erti syukur di hati yang akan melahirkan tindakan dan amalan.


Sahabat yang di Rahmati ALLAh,
Allah SWT memerintahkan kita untuk memakmurkan bumi ini berlandaskan syariat dan aturanNYA,dan jika keadaan ini berlangsung,maka bumi ini akan dipenuhi dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH,makhluk-makhluk dimuka bumi ini akan merasai erti kebahagiaan dan keamanan.
lihat zaman kita ini,bolehkah kita dikatakan sebagai orang yang merdeka?dimana kemerdekaan kita?kita dianggap merdeka sekiranya kita dapat memartabatkan Kalimah ALLAH ,dan meletakkan Agama Islam ditempatnya.sekarang kita masih dibelenggu penjajahan,penjajahan dari segi idealogi,dari segi hiburan juga tidak dinafikan,sehingga anak-anak yang melalui era ini lebih memikirkan kehangatan dan tarikan artis berbanding hangatnya azab ALLAH.Medan bersuara juga disekat,sedangkan kita mengetahui bahawa Mahasiswa merupakan satu kelompok masyarakat yang mengkaji dan mempunyai idea-idea yang mampu mengkritik dan membina ke arah yang lebih baik,bukan saja teguran tidak diendahkan malahan diletakkan pelbagai cara untuk menutup terus mulut para pemimpin masa hadapan.Merdekakah kita?

bukannya kita tidak tahu bahawa pemimpin masa hadapan dinilai dengan pemuda/di hari ini,sekiranya tidak diberi peluang untuk mengembangkan idea dan membuat penilaian bahkan mengurung pemikiran mereka untuk melontarkan kritikan terhadap kelemahan dan kesalahan,akan menyebabkan suara-suara kebangkitan ini tertimbus dan terkambus.....


Sahabat yang dikasihi,
kembalilah kepada Islam,ikut dan patuhlah akan suruhan dan larangan ALLAH,terdapat pelbagai hikmah yang akan kita temui,sungguh akal manusia ini terkesan dengan nafsu,kawallah ia agar tidak mempengaruhi diri.kita mahukan jiwa-jiwa yang mempunyai kefahaman dan semangat juang dalam urusan mengembalikan keizzahan Islam.Islam bukan sahaja diperlembagaan,islam bukan sahaja didalam doa pembuka majlis,Islam itu menyeluruh.

Sahabat yang dikasihi,
Dalam kita menyeru kepada Islam,hendaklah kita mentarbiyah diri kita ini dengan ilmu-ilmu islam dan memupuk kefahaman dalam perjuangan islam,memang tidak dinafikan,apabila kita berkehendak dan melakukan kerja-kerja islam ini,kita akan diuji,memang jalan ini jalan yang akan diuji.Nabi MUHAMMAD juga diuji sedangkan Baginda adalah kekasih ALLAH,apatah lagi kita yang belum tentu dipandang oleh ALLAH,sudah tentu kita diuji untuk memperlihatkan akan keteguhan dan kesungguhan kita dalam meneruskan perjuangan yang mulia ini.Ujian dalam perjuangan seperti adik-beradik,tidak dinamakan perjuangan tanpa ujian,dan ujian adalah penceria di jalan ini.


banyak yang dipelajari dijalan ini,memahami erti sedih,penat jerih,dijalan ini mengenali erti persahabatan,memahami akan ukhwah,dan semakin meng'abdi'kan diri terhadap Tuhan Pencipta,kerana tidak ada pertolongan selainNYA.


888888888888888888888888

pesan buat hati-perjuangan itu bagai sampan dilaut,sentiasa diharung ombak,tiada pertolongan..melainkan pengharapan kepada ALLAH...

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...