Friday, June 25

kalam tarbiah' seorang pejuang'


" Jangan biarkan sejarah hidup anda dikenang di kemudian hari dengan keburukan dan kehinaan".

'Almarhum Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin'


pagi Jumaat nan indah ini , tetiba teringat akan seorang pejuang agama ALLAH...

'Almarhum Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin'....... walaupun saya bertemu dengannya hanya seketika,tetapi cukup merasakan almarhum adalah seorang yang bersungguh-sungguh dalam lapangan dakwah ini.....dipertengahan tahun 2008 sekitar bulan jun ,almarhum datang ke Mesir , dan menginap dirumah kami.....gaya,perwatakan,cara bercakap memang menggambarkan almarhum seorang yang hebat dari segi tarbiahNYa....

setiap kata-kata dan lawak almarhum ustaz ,mesti diselitkan dengan perihal umat...terutama umat di negeri sembilan....tempoh kami bersama kira-kira 2 bulan sahaja,sebelum beliau pulang ke Malaysia....


kesempatan yang kedeua ALLAH berikan kepada saya bersama beliau...ketika saya mengendalaikan sebuah program pelajar sekolah menengah di kompleks sukan LENDU Melaka....

Almarhum diamanahkan untuk memberi tazkirah selepas subuh , bilamana berkumandang azan subuh , almarhum masih belum tiba...hal ini mendatangkan kerisauan saya....kalau almarhum tak hadir bagaimana...?????


Maha Suci ALLAH ....selesai je membari salam , terdengar pecutan kereta yang dipandu Almarhum Ustaz......memang menepati janji orangnya....

Saya terus berjumpa almarhum....bertanyakan khabarnya....almarhum menceritakan bahawa baru pulang dari permatang pauh...ye...ketika itu berlaku pilihanraya kawasan permatang pauh.....apabila keputusan diumumkan,almarhum terus berangkat ke Melaka....YA ALLAH...hebat sungguh ....

dalam tazkirahnya pagi itu , beliau menegaskan peranan muda-mudi Islam...ye..tanggungjawab yang sangat berat.....


Dan kali terakhir,ALLAH memberi saya peluang yang sangat bermakna...ketika pulang dari tugasan ceramah dan motivasi di Pusat Pemantapan AKidah Jelebu Negeri Sembilan ,yang mana selesai program saya ketika itu sudah lewat malam....saya bersama-sama Ustaz Hambali(adik ipar almarhum)dan Ustaz Azman.....Saya yang tinggal di Kuala Lumpur memang tak dapat pulang terus kerumah kerana sudah lewat malam....

Jadi, Ustaz Azman meninggalkan saya bermalam dirumah almarhum disekitar Seremban Negeri Sembilan....

berlalulah malam....apabila selesai solat subuh....saya dijamu sarapan pagi oleh almarhum sendiri..kesempatan yang ada memang dapat merapatkan diri saya dengan almarhum...bercerita tentang halangan-halangan dakwah di Negeri Sembilan....memang banyak rintangan dan halangan....sepengetahuan saya 'almarhum tidak bekerja,almarhum mencurahkan tenaga nya ke jalan ALLAH sebagai pekerja Islam'...Maha SUci ALLAH....saya berhadapan dengan orang yang telah ditarbiah dijalan ALLAH......

selesai berinteraksi dengan almarhum...mendengar sedikit kalam azimat dari beliau serta galakan untuk bekerja sebagai pekerja islam , saya meminta izin untuk pulang ke Kuala Lumpur...inilah kali terakhir saya berhadapan dan bertemu almarhum.....


ketika roh almarhum bertemu RABBUL IZZATI ,saya berada diMesir....berita yang mengejutkan ini sudah pasti menjadi satu kehilangan mutiara besar dalam pejuangan islam terutama di Negeri Sembilan.....antara jawatan-jawatan yang diamanahkan kepada almarhum-


Ketua Penerangan DPPNS

jawatan Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Dakwah.




antara kalam almarhum dalam lapangan tarbiyah,,,kalam yang sangat baik untuk orang-orang yang menceburi lapangan ini.. '
''merajuk tu benda biasa,layan orang merajuk tu buang masa'''

************************************


hari jumaat nan murni ni...saya teringat kepada kisah saya bersama almarhum ,selepas saya membaca sebuah blog , sya terjumpa kalam beliau..dan hari ini almarhum sudah tiada,hanya tinggal sejarah perjuangan dan usaha-usaha almarhum sahaja..
dan hari ini saya teringat sejarah-sejarah bersama almarhum,dan kesemuanya memang sejarah yang mengagumkan dan saya mendoakan agar roh Nya tergolong dalam golongan pejuang-pejuang agama ALLAH...moga ALLAH merahmati roh almarhum.....ameen....

saat menaip ni...terasa sayu hati....




" Jangan biarkan sejarah hidup anda dikenang di kemudian hari dengan keburukan dan kehinaan".

'Almarhum Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin'




*****************************


moga ALLAH memperkuatkan langkahku ini seteguh langkah-langkah para Nabi dan perjuang-pejuang agamaNYA......

Sampai Bila Mahasiswa Hendak Diperbodohkan

Penulis berniat untuk menjawab beberapa isu berkenaan dengan tulisan yang bertajuk “Sudah Sampai Masanya MB Kelantan Berundur”. Tetapi setelah difikirkan balik, baik isu ini tidak diperpanjangkan. Sejak dari awal penulis menyebut bahawa tulisan tersebut bukan bermakna krealiti Tok Guru dipertikaikan.

Selepas Perhimpunan Mansuh ISA selesai dalam jam 6.30 petang pada 1 Ogos baru-baru ini. malamnya, Penulis sempat menonton buletin TV3 bagi melihat apa yang bakal diulas oleh pemberita tentang perhimpunan yang berlaku. Begitu banyak menteri yang mengulas, penulis paling tertarik dengan amaran yang dikeluarkan Menteri Pengajian Tinggi bahawa pihaknya tidak akan bertolak ansur untuk mengambil tindakan terhadap mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dalam perhimpunan tersebut dan telah membenarkan diri mereka dieksploitasi oleh pembangkang.

Kenyataan yang agak agresif tetapi agak mundur ke belakang. Penulis selalu terfikir kenapa pemikiran mahasiswa pasca 70’an begitu hebat dikekang.? Kenapa pihak kerajaan terlampau takut dengan gelombang mahasiswa.?. Indonesia pernah mencatat sejarah bagaimana Suharto digulingkan dengan suara mahasiswa.!

Adakah mahasiswa menentang sebuah keadilan.? Adakah Mahasiswa berdemontrasi kerana inginkan kebebasan mutlak.? Tidak....

Mahasiswa bangkit kerana ingin menuntut sebuah keadilan.? Mahasiswa Bangkit kerana ingin menuntut hak mereka?. Itu sahaja. Takkan itu pun kerajaan menjadi gerun.

Membaca sejarah gerakan mahasiswa tahun 70’an merupakan satu catatan yang cukup indah. Zaman itu, masyarakat cukup memandang tinggi terhadap mahasiswa sebagai pemimpin masa depan yang cukup dinamik. Mahasiswa menjadi tempat rujuk masyarakat apabila berlaku kezaliman terhadap hak mereka.

Kemuncak kebangkitan mahasiswa ketika itu ialah demontrasi Baling yang diadakan bertujuan untuk membela nasib penduduk baling yang kelaparan dan kebuluran. Dengan sebab kebangkitan tersebut, kerajaan terpaksa meminda beberapa perkara untuk memperbaiki nasib penduduk Baling.

Selepas itu jugalah, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di bentuk untuk mengekang pergerakan mahasiswa.

Pihak kerajaan berhujjahkan bahawa tujuan AUKU digubal supaya mahasiwa lebih menumpukan kepada pelajaran bukannya suasana politik luaran. Pelajaran lebih penting dari segala-galanya.

Dalam masa yang sama, kerajaan selalu mewar-warkan bahawa mahasiswa hari ini ialah pemimpin masa depan. Jadi adakah roda kehidupan seorang manusia hanya berkait dengan pelajaran semata-mata?. Bukankah belajar dengan suasana kehidupan diluar merupakan satu pembelajaran.!

Penulis teringat kata-kata seorang penyarah di UKM ketika berada dalam bilik kuliah “keluarkan kotak pemikiran kamu dari berada dalam alam kampus, cuba fikir perkara yang berlaku di luar. Kehidupan kamu adalah di luar, bukannya alam kampus, ”

Pensyarah ini cukup marah jika pelajar dan pensyarah hanya terlibat membina teori berdasarkan apa yang dibaca dan bukannya apa yang dilihat. hasilnya, kajian tersebut tidak boleh digunapakai dalam membina masyarakat yang berada diluar samada dari sudut modal insan mahupun sektor pengindustrian dan sebagainya.

Pasca 70’an memperlihatkan suara mahasiswa semakin dikendurkan, hasilnya golongan ini mula tidak dipandang oleh masyarakat. Bahkan dianggap seperti budak sekolah biasa sahaja.

Alhamdulillah, kini suara kebangkitan mahasiswa semakin bergema semula. Gerakan mahasiswa mula kelihatan walaupun tidak dengan kebangkitan besar-besaran.

Semoga kebangkitan ini berterusan bagi memastikan keadilan ISLAM dapat ditegakkan di bumi Malaysia yang tercinta.

Orang selalu menyebut mahasiswa ini hanya seorang idealisma semata-mata. Bagi penulis idealismalah yang menghasilkan satu pandangan baru untuk membina masyarakat. Idea-idea tersebut kita cuba bangunkan menjadi sebuah realiti yang boleh diguna pakai untuk membangunkan negara.

Kalau kerajaan terus-menerus membeku keterlibatan mahasiswa dalam aktiviti kemasyarakatan.. maka bagaimana untuk membina seorang pemimpin yang berintegriti dalam mentadbir negara pada masa akan datang.

Ingat Pemuda hari ini, pemimpin masa depan. Jangan kekang gelombang pemikiran mahasiswa. Biarkan mereka lepaskan segala pandangan secara berani dan terbuka.. kalau mereka silap, perbetulkan mereka, berikan penjelasan kepada mereka.

Kalau dakwaan mahasiswa itu betul dan tepat. Terimalah dengan hati yang terbuka dan bersedia untuk berubah...

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...

Thursday, June 24

.::menjadi tetamu Syeikh Asyraf::.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ALLAH Yang Maha Esa...semalam selesai peperiksaan bagi kuliah syariah tahun 4...seperti yang diberitahu keesokan harinya...iaitu hari ini kami semua diarahkan untuk datang ke syuun untuk mengambil bahan kajian untuk peperiksaan syafawi(ta'yin)....

Dengan penuh semangat melangkahkan kaki seawal pagi untuk mengambil bahan tersebut....
suasana memang seperti biasa,riuh2 orang arab berebut kertas....kejar2 nak g potostat....dan sebagainya.....Alhamdulillah sumenye selesai.....



Selesai mengerkan solat zohor,kami bersama-sama Syeikhuna Asyraf bergerak ke rumah beliau....
Tiba dirumah beliau,kami dihidangkan dengan air suam bagi penyejuk badan dikala suhu bumi mencecah tahap kepanasan matahari....

(ni lah lebih kurang rupa air suam-bg yang xtau)


untuk pengetahuan semua,air suam @ kosong memang baik untuk sistem badan manusia.....lihat gambar dibawah ini...jadi kami meminum air tersebut bagi peringkat permulaan....Alhamdulillah...


(sistem badan bergerak lancar selepas minum air kosong)yeke?????



Tujuan kami menziarahi beliau adalah tidak lain adalah untuk merapatkan talian antara murid dan gurunya....Beliau mengajar kami beberapa buah kitab ,pengajian beliau dihentikan seketika bagi mendahulukan musim peperiksaan....Jadi wajarlah bagi seorang yang cintakan gurunya pergi menziarahi Beliau......Alhamdulillah...pelbagai soalan kami ajukan kepada beliau.....dan kelihatan guru kami juga seorang yang permah dan kami merasakan sangat akrab dengan beliau....


Sedang rancak kami melakukan perbincangan ilmiah,beliau menjemput kami untuk menkmati sedikit juadah yang disediakan(sedikit bagi tetamu bangsa ARAB....:)



bermulanya dengan bacaan doa...kami disajikan dengan nasi ARAB ala2 nasi goreng ,NAh....sekali nasi macam gunung dihidangkan...apa2 pun ALhamdulillah.....berbekalkan nasi kami juga dihidangkan dengan aneka juadah makanan arab,termasuk ikan talapia goreng sebesar'screen laptopku' huhu...memang menyelerakan.... tapi mampu ke habiskan...huhu



(nilah contoh ikan tersebut)



kami menikmati juadah tersebut dengan penuh kesyukuran...dapat makan disisi Syeikh memang suatu yang menjadi saat2 berharga....dan ketika makan ikan,beliau juga menunjukkan cara-cara orang ARAB mengupas ikan untuk mendapatkan isinya sahaja...satu penemuan baru dalam hidupku...huhu....


Syeikhuna juga memberikan beberapa nasihat kepada kami selaku penuntut ilmu dan juga pelajar yang hampir menamatkan pengajian dibumi Mesir ini....

penggunaan masa memang dititikberatkan...Beliau menyeru agar kami memenuhi pengajian-pengajian yang melimpah-limpah dibumi Mesir ini....


Alhamdulillah...masa yang diluangkan memang diambil manfaat sebaik-baiknya oleh kami untuk bertanya dan mengambil tahu tentang permasalahan ummah ketika ini....
Syeikhuna menasihatkan agar sentiasa meningkatkan dan merapatkan diri dengan ALLAH kerana ianya adalah wasilah kejayaan.....
Alhamdulillah,selesai sesi menjamah makanan minda dan makanan perut...2 dalam 1......







Selepas makan...kami dihidangkan dengan koktail...pergh....yang tadi pun tak dihadamkan lagi.....tapi.....

inilah wajah koktail....sungguh menyelerakan



sambil-sambil menjamah..kami menggunakan peluang yang ada untuk terus mengajukan soalan dari pelbagai sudut...Alhamdulillah....selesai kesemuanya...kami meminta izin untuk pulang....sebelum kami mengankat langkah....Syeikhuna menjemput kami untuk menikmati ('syai na'na')-(tea 'o' ngan pudina) dijadikan sebagai penutup kepada majlis ziarah kami....Alhamdulillah....

(penyejuk dikala panas)


selepas itu...Syeikhuna membacakan doa sebelum kami berangkat pulang kerumah...Tak sangka..tujuan kami hanya untuk menziarahi beliau...tapi beliau menyambut dan menjamu kami sebegitu rupa...seorang Syeikh yang hebat,juga seperti sahabat yang akrab...sungguh mengagumkan diri ini....,...
MOGA ALLAH MEMELIHARA BELIAU.....

*******************************************
  • jika terdapat sebarang permasalahan ,terus rujuk orang yang mendalami bidang tersebut,tak yah tunjuk pandai....
  • kita sebagai pelajar,ada adabnya , baru dapat ilmu secubit dah menyalahkan guru,seolah-olah kita lebih hebat dari guru...
  • dalam menuntut ilmu,tidak boleh tidak kena berguru.......
  • Moga ALLAH merahmati kita semua,dan meneguhkan langkah kita dalam mencari ilmu.....



p/s-dari hatiku untuk diriku......


Roslizan Mohd Yusof...



*************************************
sebarang komentar sangat dialu-alukan.....

MENERAPKAN NILAI DALAM PENULISAN


Salam sejahtera denagn limpah rahmat dan kasih Ilahi!

Pembaca budiman, yang dimuliakan;

Saban hari sepanjang kita melalui kehidupan yang masih berjalan,kita semestinya melihat berbagai fenomena yang berlaku. Samaada fenomena alam semulajadi, maupun rentetan peristiwa yang diangkat sebagai isu besar untuk dihebahkan.Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, apakah peranan kita dalam setiap fenomena yang kita lihat? Adakah kita menyedari, sebenarnya kita adalah sebahagian dari fenomena yang berlaku itu? Dengan lain perkataan kita turut bertanggungjawab terhadap apa jua perkara berlaku dalam kehidupan harian insan.


MARI KITA MULAKAN PENELITIAN DARI DIRI KITA SEBAGAI PENULIS.

Apakah sebenarnya peranan kita dalam kehidupan insan yang seterusnya dikaitkan ke dalam semua fenomena yang berlaku? Rumitkah penelitian ini? Bagi diri saya, secara peribadi, tidak rumit! Malah saya merasa bahagia jika saya berupaya menyumbang peranan untuk bertanggungjawab dalam apa jua sudut kehidupan insan. Justru saya sendiri juga tergolong insan. Bukankah begitu juga hakikatnya kepada diri anda semua?
Ya, tepat sekali, selaku insan penulis kita sangat wajar menyedari kita punya peranan besar dalam mencorakkan kehidupan insan sejagat.



Sering benar kita mendengar orang menyebut; kita adalah apa yang kita fikir, kita adalah apa yang kita baca, kita adalah apa yang kita makan....,dan banyak lagi kita menjadi apa yang kita terapkan kepada diri kita. sebutan sedemikian seolah-olahnya menjelaskan bahawa kita akan terbentuk mengikut nilai yang kita terapkan ke dalam
diri. Ini bermakna jika nilai yang baik diterap, kesan yang akan diperolehi juga semestinya baik. Begitu juga jika sebaliknya yang diterapkan, akan berlakulah begitu juga.


Berdasarkan hakikat hal yang baik menerbitkan perkara yang baik, semestinya kita menerapkan nilai baik dalam penulisan kita. Bermakna kita hanya menulis hal-hal yang baik sahaja kerana kita mahu orang yang membacanya menjadi baik. Atau sekurang-kurangnya membina fikiran yang baik kepada semua orang. Begitulah sepatutnya dasar kerja tulis dan sikap kita sebagai penulis. Kita mesti sentiasa menerapan nilai-nilai murni dalam semua bahan dan bentuk penulisan kita. Fikirkanlah dengan teliti, apa kesan dan akibatnya jika kita memasukkan unsur tidak sihat ke dalam penulisan kita?


Seperkara lagi, di samping menerapkan nilai murni dalam masa yang sama kita mesti membenteras/membasmi nilai buruk dan negatif. Kita ambil contoh begini; kita ingin menyubang peranan dalam mengurangkan kadar merokok di kalangan remaja, sebagai contoh. Ini bermakna selain kita mengemukakan teguran supaya tidak merokok, dalam masa yang sama kita tidak sepatutnya mencipta watak merokok dalam penulisan kita. Dengan lain perkataan kita mencadangkan sikap juga aktiviti gantian kepada rokok seiring dengan tidak menyebut langsung tabiat buruk itu. Kaedah demikian bersamaan dengan kita cegah sesuatu penyakit sebelum penyakit itu muncul. Kita telah sedia setuju dengan ungkapan; 'mencegah lebih baik dari mengubati'. Bertitik tolak dari situ, sangat wajar kita membina satu sikap yang lebih jelas; 'menghindari lebih baik dari melarang'. Bagaimana pandangan anda semua kepada saranan saya ini...,setuju? Saya sangat menunggu-nunggu maklum balas anda semua! Diharapkan hal ini akan memberi kesan positif kepada kita semua.


Sebelum mengakhiri bicara saya ini, saya ingin mengajak anda meneliti satu gejala lumrah dan berleluasa berlaku dalam kehidupan masyarakat hari ini, khasnya golongan remaja; gejala sosial dan pergaulan bebas. Kita semua maklum gejala ini membawa kesan sangat besar dan sensitif dalam kehidupan bermasyarakat di negara kita, malah sangat pula menyedihkan dan membimbangkan. Dalam ruang serba terbatas ini saya hanya ingin menyentuh peranan kita sebagai penulis. Di sinilah sepatutnya kita bawa penerapan nilai murni dengan memaparkan bahan tulis berakhlak mulia. Sedapatnya kita elakkan dari membesarkan malah tidak perlu sama sekali mendedahkan tingkah laku buruk yang berkaitan. Hal ini hanya akan meransang remaja yang semulajadinya angresif untuk melakukan hal yang kita sebut. Hakikat larangan yang ingin kita kemukakan tidak meresap ke hati remaja, tetapi mereka hanya mencedok yang keroh dan kotor saja. Kerana itulah kita perlu masuk terus kepada pokok nilai yang wajar; kita mahu remaja berakhlak mulia, jadi kita hanya perbesarkan dan sebut hal-hal yang baik. Dengan itu secara tabii akan membina sikap positif yang mulia dalam fikiran dan tingkah laku golongan remaja. Ketahuilah hal ini perlu kita halusi dengan lebih mendalam lagi, dari masa ke semasa.


Akhirnya ingin saya tegaskan, sepanjang kita menulis kita mesti peka apa saja yang kita tulis memberi kesan kepada orang yang membacanya. Tanya kepada hati kita, sukakah kita melihat orang yang membaca tulisan kita mengalami/melakukan keburukan?
Tentu kita tidak mahu begitu yang terjadi. Hati kita yang sedia baik ini sangat ingin orang lain beroleh kebaikan dari hasil tulisan kita. Kita akan rasa bahagia jika orang lain menjadi baik setelah membaca bahan penulisan kita. Begitulah sepatutnya yang kita harapkan dan semestinya yang kita lakukan.

SELAMAT MENULISKAN SEGALA KEBAIKAN

sumber

Tarbiyah adalah dasar pembentukan


Imam Al-Banna mengajak kita untuk menolehkan pandangan pada tarbiyah, beliau menegaskan akan pentingnya keteguhan setiap individu terhadap tarbiyah dan mujahadah (kesungguhan) sehingga menjadi tiang yang kukuh dan generasi yang sempurna, beliau berkata: “bahawa ma’rakah (perjuangan) kita paling utama adalah tarbiyah” disuburkan di tengah-tengah umat akan kefahaman bahawa apapun bentuk dakwah yang tidak di dasarkan pada kerja tarbiyah pada hakikatnya adalah ibarat fatamorgana yang menipu, dan Imam Al-Banna memahami bahawa pembangunan generasi merupakan suatu keharusan dalam usaha melakukan perbaikan, dan diantara keistimewaan dakwah Al-Ikhwan dari yang lainnya adalah kerana Al-Ikhwan berjalan dengan tarbiyah yang mampu mewujudkan eksistensi dan tawrits dakwah, dan hal tersebut merupakan bentuk yang menakjubkan dalam jamaah ini seperti yang disebutkan oleh imam Al-Adwi sebagai “Jamaah Tarbawiyah”.

Tarbiyah menurut Al-Ikhwan adalah satu-satunya jalan untuk dapat membangun generasi yang soleh dan bertaqwa, sebagai satu-satunya jalan untuk mewujudkan sosok muslim yang jujur dan memiliki jiwa pejuang, dan Al-Ikhwan memahami bahawa tarbiyah memerlukan jalan panjang dan berat serta memiliki banyak rintangan dan hambatan, sehingga tidak ada yang mampu bersabar menjalankannya kecuali hanya sedikit saja. Namun ini merupakan satu-satunya jalan menuju satu tujuan dan tidak ada alternatif lainnya, sehingga dengan itu pula Al-Ikhwan menamakan gerakan ini dengan sebutan “Sekolah pembinaan dan pembentukan atas dasar manhaj yang komprehensif dan agung”… madrasah yang menjadikan agama sebagai sumber kehiduapn, madrasah yang mampu mentarbiyah potensi individu, melakukan perjanjian dengannya dan membentuknya memiliki sifat-sifat amilin yang soleh dan sempurna baik kefahaman mahupun keyakinan, akhlah dan perilaku, sehingga menghadirkan contoh yang agung sepanjang sejarah dan perjalanannya, dan menjadi sebaik-baik madrasah. Dan sekiranya tidak ada tarbiyah maka Al-Ikhwan tidak akan mampu menghadapi zionis dan mengalahkannya saat terjadi perang di bumi Palestin, menghadapi pasukan Inggeris di terusan Suez, menghadapi berbagai ujian, cubaan, penjara, siksaan dan celaan yang mendera mereka.

Imam al-Banna merupakan pengasas di saat terjadi perubahan pada sisi Islam yang mulia dari sekadar pandangan-pandangan teoritis yang terdapat dalam buku-buku kepada alam realiti yang dapat dirasakan dan disentuh melalui tarbiyah dan takwin, dan menegaskan akan pentingnya memantau barisan dan membersihkannya dari kelemahan, beliau berkata: “Jika diantara kalian adalah kelompok yang sakit hatinya, menyembunyikan tujuan terselubung, ketamakan yang ditutup-tutupi dan kecewa pada masa lalu, maka keluarkanlah semuanya dari jiwa kalian; kerana yang demikian akan menjadi pembatas masuknya rahmat, penutup masuk cahaya dari taufik ke dalam hati”.

Kandungan tarbiyah

Al-Ikhwan telah memberikan batasan konsep tarbiyah dan takwin sebagai berikut:

1. Metode yang bersinergi dalam berinteraksi dengan fitrah manusia dalam bentuk arahan langsung; baik dengan kata-kata dan qudwah (ketauladanan), sesuai dengan manhaj dan sarana khusus untuk melakukan perubahan manusia untuk menjadi lebih baik.

2. Susunan pengalaman tarbiyah yang digerakkan oleh jamaah terhadap individu dengan tujuan untuk membantu mereka melakukan pertumbuhan yang komprehensif, integral dan seimbang dalam berbagai sisinya (iman dan akhlak, sosial dan politik, akal dan jiwa, tsaqofah dan seni, jasad dan ruh); dengan pertumbuhan yang mengarah pada perbaikan perilaku dan bekerja untuk mewujudkan tarbiyah solehah yang diidam-idamkan.

3. Merubah manusia dari satu keadaan ke keadaan yang lain, dalam (pandangan dan ideologi, perasaan dan indra, tujuan dan sarananya), pembentukan yang menembus ruh, alam nyata dan rasa, bukan hanya dalam bentuk nyata saja, yang direfleksikan dalam perjuangan dan kesungguhan yang menyatu pada individu sosok yang ditarbiyah dan dari orang yang teguh dengan tarbiyah, mampu melintasi jalan panjang yang menyebar menyentuh setiap individu, keluarga dan masyarakat sesuai dengan sistem dan bangunan Islam yang integral; dengan memperhatikan tahap-tahap perubahan yang diidam-idamkan; “pengetahuan, perasaan dan perilaku” atau “jiwa, hati dan raga”, sebagai manhaj untuk melakukan pembentukan yang diawali oleh individu.

Allah Knows

When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

CHORUS
No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

CHORUS

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows



Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows

'jaga hati'

Kepentingan hati telah dinyatakan oleh baginda ar-rasul SAW dalam sebuah hadith yang bermaksud:
"Sesungguhnya pada diri anak Adam terdapat segumpal daging; apabila segumpal daging itu baik maka menjadi baiklah tubuhnya. Apabila ia rosak maka rosaklah pula seluruh tubuhnya. Ketahuilah, sesungguhnya segumpal daging itu adalah hati." (Muttafaqun Alaih)

Ini menunjukkan bahawa hati adalah kunci segala kebaikan dan keburukan kepada diri seseorang. Kebaikan dan kejahatan lahir daripada hati. Hati yang bersih dan diisi dengan iman akan melahirkan amalan salih dan perkara kebaikan. Sebaliknya hati yang kotor dan hitam akibat daripada maksiat dan kekufuran akan melahirkan perbuatan jahat dan menambah kemurkaan Allah.

Hati dalam bahasa Arab disebut al-Qalbu bererti bolak-balik atau boleh berubah-ubah. Oleh sebab itu hati manusia kadang-kadang boleh berubah ke arah baik dan ke arah jahat. Hati berubah bergantung kepada sebab-sebab tertentu.

Justeru, bagi memastikan hati manusia sentiasa bersih dan baik yang mengajak kepada ketakwaan maka sewajarnyalah kita mendidik hati dengan keimanan dan mendekatkan diri kepada Allah. Selain kita menyempurnakan perkara yang fardu wajarlah kita menambah dengan amalan sunat yang lain seperti solat-solat sunat, puasa sunat, tilawah al-Quran, zikir, bersedekah dan sebagainya. Selain itu kita dituntut menjauhi segala perkara yang mengotorkan hati seperti perbutan-perbuatan yang diharamkan dan tidak melaksanakan perintah Allah. Terlibat perkara syirik adalah sebesar-besar amalan yang menggelapkan hati. Begitu juga terjerumus dalam lembah maksiat dan kemungkiran akan menambah lagi kekotoran hati.

Semoga kita semua terus dipelihara hati oleh Allah dan dikuatkan untuk terus istiqamah di jalan yang diredhai Allah hendaknya.

Amin...

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...