Monday, June 14

'Bohong' Yang Diketahui Allah



Sebuah hadis yang sangat memberi kesan kepada jiwa, sejak dahulu lagi, amat baik untuk mengingatinya dan dikongsi bersama keluarga, rakan dan taulan. Iaitu :-

إن أول الناس يقضى يوم القيامة عليه رجل استشهد, فأُتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عمِلتَ فيها؟ قال: قاتلت فيك حتى استشهدت, قال: كذبت, ولكنك قاتلت لأن يقال: جريء, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار. ورجل تعلم العلم وعلّمه, وقرأ القرآن, فأتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: تعلمت العلم وعلّمته, وقرأت فيك القرآن, قال: كذبت, ولكنك تعلمت العلم ليقال: عالم, وقرأت القرآن ليقال: هو قارئ, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار. ورجل وسّع الله عليه, وأعطاه من أصناف المال كله, فأتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: ما تركت من سبيل تحبّ أن ينفق فيها إلا أنفقت فيها لك, قال: كذبت, ولكنك فعلت ليقال: هو جواد, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه, ثم ألقي في النار

Maksudnya (ringkasan terjemahan) :

Antara yang terawal diadili di hari qiyamat kelak adalah mereka yang mati syahid. Kemudian ditanya kepada mereka : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : Aku telah berjuang untukMu (wahai Allah) sehingga mati syahid

Dibalas : Kamu berbohong, tetapi kamu berjuang untuk digelar "SANG BERANI"

maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (orang kedua) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : "Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membacakan keranaMu Al-Quran"

Dijawab semula : Kamu berbohong, kamu mempelajari ilmu agar kamu boleh digelar ‘ALIM, kamu membaca Al-Quran agar digelar "QARI"

maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (orang ketiga) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : "Tidak aku sesuatu yang engkau sukai untukku dermakannya kecuali telah aku dermakannya keranaMu"

Dijawab semula : "Kamu berbohong kamu mendermakannya agar kamu digelar "DERWAMAN"

maka dikatakan kepada Malaikat, lalu telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka ( Riwayat Muslim, no 3527, Kitab al-Imarah)

Semoga kita semua dijauhkan kita semua dari racun hati oleh si musuh Allah yang sentiasa bekerja keras untuk istiqamah atas landasan ikhlas yang sebenarnya. Bagi sesiapa yang telah berjaya ikhlas, tiba-tiba dipuja dan puji oleh manusia atas sumbangan dan kebaikannya, segala itu tidak memberikan kesan kepada kecintaan dan niatnya yang ikhlas kepada Allah. Mereka itulah yang disebut dalam hadis:-

أرأيت الرجل يعمل العمل من الخير، ويحمده الناس عليه؟ قال: "تلك عاجل بشرى المؤمن

Ertinya : Ditanya kepada Nabi s.a.w berkenaan seorang yang berbuat amal kebaikan, tiba-tiba manusia memujinya?. Jawab baginda : Itulah ganjaran gembira yang didahulukan buat para mukmin" ( Riwayat Muslim)

Ibn Qayyim pernah berkata berkata : "Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi kantong dengan kerikil pasir. Memberatkannya tapi tidak bermanfaat."

Benarlah, bahawa ikhlas bagi adalah satu ujian yang lebih malah sangat sukar bagi seorang pendakwah dan mukmin. Pelbagai medium yang diceburi pendakwah termasuklah seni, drama, nasyid dan lain-lain lagi. Namun semua akan menghadapi cabaran besar ikhlas, ia sebuah cabaran yang sangat sukar...



Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Rintihan Kalbu

Hari Ini Tiada Senda Dalam Bicara
Deru Air Mata Merupakan Segalanya
Sang Hati Bicara Sendiri
Bangunkan Ummah Bina Generasi
Di Bumi Yang Bertuah Ini
Diriku Mula Mengenali
Matlamat Hidup Sebagai ‘Abdi
Kepada Allah, Allahu Rabbi

Diriku Kini Sebebas Unggas
Terbang Riang Di Angkasa Raya
Menyanyi Merdu Irama Kalbu
Indahnya, Indahnya, Oh Indahnya

Wahai Generasi Dengarlah Pesanan Ini
Bumi Ini Bumi Bertuah
Suburnya Sesubur Tanaman di Lembah
Melahirkan Insan Berjiwa Tabah

Kutiplah Mutiara, Mutiara Indah
Untuk Bekalan Diri Berpindah
Sebelum Jejak Kaki Melangkah
Sebelum Penyesalan Membawa Padah

Sahabat Seperjuangan
Usah Digentar Musuh Di Hadapan
Pandanglah Di Depan Balasan Tuhan
Syurga Firdaus Menanti Kalian

Teruskan, Oh Teruskan
Perjuangan Menegak Kebenaran
Di Dalam Kebungkaman Akhir Zaman
Selagi Hayat Di Kandung Badan

Wahai Teman Seperjuangan
Dengarlah Harapanku Ini
Pohon Untuk Dalam Doamu
Diriku Pejuang Islam Yang Satu

Alhamdulillah


Salam perjuangan kepada semua...
Alhamdulillah semalam melalui peperiksaan UsulFiqh yang agak berat,sambil2 menyelak2 buku,sempatlah membelek2 akhbar malaysia diruang maya ini , pelbagai serita suka duka takut ngeri dan sebagainya belaku dinegara kita.....
kes2 keruntuhan moral...dimana penghujungnya???
Anak luar nikah....mudah sangat plak....kat mana puncanya???
cari dan atasi .....sekat jalan2 atau saluran yang boleh menyebabkan ianya terjadi....Kitalah penentu masa depan negara....
buatlah perubahan dari sekarang...
binalah generasi islam yang gemilang....
barulah timbulnya kesatuan islam...
lantas terbitnya Daulah Islam....


********************************

Alhamdulillah ,ats doa semua pihak...ALLAH mempermudahkan sesi menjawab soalan usulfiqh tadi , Arab yang jaga peksa pun xde buat hal seperti sebelum2 ni...cth:pasang lagu kuat2....borak depan2 tapi suara macam bercakap sebelah bangunan...
Jadi ALhamdulillah atas setiap perkara yang berlaku....



***********************************


menanti hari esok..kesatuan umat islam....
gandingan perwira2 agama yang turun berjuang.....jalan sudah terbentang....Hanya hati kita yang masih beralasan~

P/S-moga ALLAH berikan TAUFIQ kepada kita untuk sama2 terlibat dalam perjuangan dan menjadi mata rantaian perjuangan RASULLULLAH SAW..........

Sunday, June 13

mara berdakwah

Dalam memikul amanah dakwah, slogan ‘Jangan pernah takut, Pantang berundur, Berani kerana benar’ tidak seharusnya luntur, malahan harus tetap terpateri dalam sanubari pendakwah. Melekatnya doktrin itu, membuat pendakwah tidak akan lari ke belakang demi kemenangan dalam melaksanakan misi dakwah. Ini kerana asy syaja’ah (keberanian) memikul amanah umat merupakan tuntutan dakwah.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Jika kamu tidak menolongnya (Muhammad), maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang daripada dua orang ketika kedua-duanya berada dalam gua, pada waktu dia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah beserta kita.” Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah: 40)

Di samping itu, sikap syaja’ah para pendakwah menjadi faktor penting di atas kesinambungan dakwah di muka bumi ini. Dengannya, dakwah terus berjalan meskipun perlu menembusi bukit kukuh ataupun tembok besar; berisiko besar ataupun kecil. Dengan keberanian para pejuang dakwah, ajaran Islam ini berkembang ke pelbagai pelosok dunia, bahkan sampai kepada diri kita ketika ini, walhal apabila dilihat dugaan dan rintangan yang dihadapi, memang amat berat. Dugaan dan cabaran alam dan budaya datang tunda-menunda, begitu juga rintangan daripada musuh-musuh dakwah.

Dahulu, apa yang membuat musuh-musuh Islam gentar adalah kerana keberanian pejuang-pejuang Islam yang mara ke medan perang dengan rasa ‘gembira’ kerana keyakinan dan ketakwaan, yakni hidup mulia dengan meraih kemenangan atau mati syahid di jalan Allah. Bahkan mereka jauh mencintai kemuliaan sebagai syahid sebagaimana kecintaan kaum kafir terhadap dunia. Dengan sikap inilah kaum Muslimin banyak memperoleh anugerah kemenangan dakwah di pelbagai tempat dan masa.

Golongan kafir amat takut terhadap orang beriman yang memiliki prinsip ini sehingga mereka berusaha sedaya upaya agar sifat berani tidak bersemayam dalam diri orang mukmin. Lalu mereka menakut-bakutkan kaum Muslimin dengan situasi dan keadaan masa depan yang suram, ancaman, dan tekanan-tekanan lainnya agar umat Islam tidak lagi berani memperjuangkan nilai dan norma yang diyakininya. Akhirnya, timbullah sikap penakut yang luar biasa sehingga melemahkan semangat juangnya.

Ayuh Kembalikan Kekuatan DAKWAH Kita, ISLAM PASTI MEMIMPIN PERUBAHAN

Saturday, June 12

Owner

Roslizan B.Mohd Yusof (e-jan)




Dilahirkan Di Kuala Lumpur,
Mendapat didikan awal di Sekolah Kebangsaan Bangsar KL (1993-1998)
dan Sekolah Agama rakyat Kampung Kerinchi KL(1993-1998),
Sekolah Menengah Agama Telok Kemang N.S(1999-2001)
Maahad Ahmadi N.Sembilan (2002-2005)
Universiti Al-Azhar Kaherah Mesir (2006-2010)
Seorang Pelajar Yang Masih Menuntut Di Universiti Al-Azhar Kuliah Syariah Islamiah.


semoga ALLAH melindungi dan mengasihani diriku ini...

KEMASKINI !!!!!!!!!!!!!!


salam...harap maklum....blog ini dalam pengemaskinian.........
mungkin mengambil masa..................

Harap Maaf.............

Untaian Kata Penyejuk Hati


kita sering mahukan hari yang cerah, tetapi Allah lebih mengetahui.. hakikatnya hujan perlu dturunkan, kita sering inginkan keseronokan, jauh sekali kesusahan, tetapi Allah lebih mengetahui kesusahan itulah yang mengajar kehidupan, kita sering menginginkan ketenangan, hakikatnya jiwa insani penuh dengan dosa dan kejahatan, tetapi manusia tidak dapat lari dari kesilapan.. semua itu bukan 1 hukuman, tetapi sebagai tanda kasih dan sayang Allah agar kita lebih beriman....

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.-Surah Al-Baqarah ayat 216"


*Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. *

[At-Talaq:2-3]

Untaian Kata Penyejuk Hati

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...