Monday, June 7

ukhwah dari senyuman


Bagaimana kita mengenali sahabat kita? Adakah kita benar-benar merenungi wajah-wajah mereka dan cuba menjelajah pelusuk jiwanya hingga kita benar-benar mengenali hati budinya.

Mempertahankan ukhuwah yang terbina memerlukan kepekaan jiwa. Bagaimana seorang ibu yang begitu peka pada perubahan air muka anaknya, begitulah juga ukhuwah yang sejati; kita begitu peka dengan riak senyumannya, perubahan air mukanya, ayunan langkahnya dan sebagainya yang memantulkan segala keresahan atau keadaan jiwanya.

Ya, memang tidak semua manusia peka kepada semua ini tetapi kita yang benar-benar ingin merealisasikan ukhuwah sebenar seharusnya cuba untuk benar-benar mengenali jiwa dan hati budi teman kita. “Adalah menjadi satu keaiban mukmin apabila sahabatnya terpaksa menebalkan muka untuk meminta pertolongan”.
Kita seharusnya lebih peka dan mampu menyerap kegelisahan hatinya lalu menghulurkan bantuan sebelum diminta. Kita boleh membezakan senyumannya sejati yang lahir dari jiwanya atau senyuman yang dibuat-buat untuk melupakan segala keresahan jiwa yang ditanggung. Saya mungkin ada kelebihannya dalam hal ini kerana memang sejak kecil, hobi saya ialah melihat dan memerhati tingkah laku manusia. Saya sanggup habiskan masa berjam-jam hanya untuk meneliti air muka dan tingkah laku sekelompok manusia di stesyen bas sambil cuba menerka perasaan dan memahami bagaimana tingkah laku dan air muka memantulkan perasaan dan tingkah laku jiwa. Saya juga suka membaca dan melihat dokumentari atau filem yang memberi penekanan aspek ini.

Mungkin sedikit yang saya dapat kongsikan untuk membantu kita mempertahankan ukhuwah, berdakwah dan mendidik manusia untuk mengenali Allah SWT.

Senyuman manusia sebenarnya menggambarkan banyak tingkahlaku jiwa. Ada yang senyum tapi marah, ada yang menyindir, ada yang cuba menyembunyikan kesedihannya dan sebagainya. Seorang saintis dari Perancis Guillaume Duchenne de Boulogne pernah membuat kajian berkaitan hal ini, iaitu mengkaji otot-otot muka yang terlibat ketika seseorang itu senyum. Menurut kajiannya, senyuman manusia dikawal oleh 2 set otot. Iaitu set otot Zygomatic dan Orbicularis oculi. Pergerakan mulut dikawal oleh otot Zygomatic yang bertindak menarik mulut hingga menampakkan gigi, dagu bahkan telinga; mungkin kita pernah dengar orang senyum sampai ke telinga. Otot orbicularis pula mengawal mata; setiapkali manusia tersenyum matanya akan mengecil; ada juga yang ketawa sampai keluar air mata. Perkara yang paling penting untuk kita fahami disini ialah pergerakan Zygomatic dikawal secara sedar manakala Orbicularis adalah tindakan reflek (tanpa sedar). Jadi senyuman buatan hanya melibatkan mulut dan paling jauh sampai ketelinga. Secanggih mana senyuman sahabat kita tetapi jika tidak memberi kesan pada matanya menggambarkan senyuman itu bukan asli. Renunglah matanya dalam-dalam dan abaikan pergerakan mulutnya insyaAllah kita boleh merasai keresahannya jika jiwanya sedang tertekan atau bersedih. Matanya akan menceritakan segala-galanya..samada jiwanya tersenyum atau sedang bersedih.

Renunglah teman anda hari ini dan cuba kenalinya dengan lebih mendalam. Jika kita seorang pendidik atau pendakwah…renungilah wajah mereka dan selamilah segala keresahan dan keperluan mereka kepada hidayah Allah SWT.


4) PALESTINE WILL BE FREE

Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain

Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?
And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

Saturday, June 5

:: KAWAL PERASAAN MARAH ::


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.


"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. BAPANYA TELAH MEMIMPIN tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya".

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu,namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan mendorong mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hatimu....◕ ‿ ◕

p/s-sy copy ni sbb sy merasa ianya memberi muhasabah kepada diri saya sendiri~

di copy dr-zikrul

jalinan ukhwah


ALhamdulillah semalam diberi kelapangan masa oleh ALLAH SWT dalam kesibukan musim peperiksaan ini,masa yang diberikan itu digunakan untuk berjumpa dengan sahabat-sahabat (adik2 kuliah perubatan) yang sememangnya sudah rapat dengan saya,saya sendiri menganggap mereka seperti adik-beradik saya....
Ketika saya sampai,mereka sedang bertadarus Al_Quran bersama US Faiz...(terima kasih Us Faiz)..
Jadi sementara menunggu mereka selesai,sempat lah saya menempah beberapa keping pizza untuk dijadikan juadah kami...

Setelah makan,kami berbual-bual dan saling bertanyakan khabar masing-masing..
sedang enak menikmati air limau sambil menonton perlawanan pingpong,tiba2 datang idea untuk bermain pingpong bersama2....




inilah antara aksi2 mereka)

bagi saya mereka juga mempunyai bakat yang hebat dalam bidang pingpong ini....kalo nak tau...leh tanye dak2 ni...


********************************************************************************
bersyukur sangat2 mempunyai masa lapang untuk bertemu mereka....
harap2 ada lagi masa untuk kita bersama....

MASJID DAN MAQAM WALI-WALI ALLAH DLL.

KAHERAH

SAIDINA HUSAIN

(01) MASJID AL AZHAR AS SYARIF
(02) MASJID DAN MAQAM SAIDINA HUSAIN BIN ALI
(03) SIDI AHMAD DARDIR
(04) SIDI BADARUDDIN AL AINA
(05) SIDI AHMAD MUHAMMAD AL QASTOLANI
(06) SIDI ABDULLAH ABIL MAJID
(07) SAIDAH FATIMAH AMUL QULAM
(08) SAIDAH FATIMAH BT HUSAIN
(09) SAIDAH FATIMAH NABAWIYAH DLL.

DIRASAH

(01) SIDI SOLEH JAAFARI
(02) SIDI ZAKI IBRAHIM DAN AHKI KELUARGA BELIAU
DI MASJID ASIRAH MUHAMMADIYAH
(03) SIDI MUHAMMAD AMIN AL KURDI
(04) SIDI SYUBRAWI ( PENGASAS TARIKAT SAZALIAH SYUBRAWIAH )
(05) MASJID DAN MAQAM SULTAN BARQUQ,ISTERI DAN ANAK BAGINDA
(06) MASJID DAN MAQAM SULTAN ASYRAF QITBAY (ADA KESAN TAPAK KAKI NABI)

BASATIN

(01) SAIDAH AISYAH BT SIDI JAAFAR AS SADIQ
(02) IMAM WAKI'
(03) IMAM MUHAMMAD B.IDRIS AS SYAFEI
(04) SIDI ABU YAHYA ZAKARIA AL ANSARI
(05) SIDI MUHAMMAD ABDULLAH AL HAKAM
(06) SIDI IMAM LAITH B. SAAD
(07) SIDI SYUIB B. LAITH
(08) SIDI UQBAH B. AMIR
(09) SIDI ZIN NUN AL MISRI
(10) SIDI ABU ZAR AL GHIFARI
(11) SIDI MUHAMMAD HANAFIAH
(12) SAIDAH RABIATUL ADAWIYAH
(13) SAIDAH FATIMAH AL AINA
(14) SIDI ABU ABBAS AD DANDARAWI DAN AHLI KELUARGA BELIAU
(15)SIDI IMAM ABDUL RAHMAN JALALUDDIN AS SAYUTI DLL.

JABAL MUQATAM / BUKIT MUQATAM

(01) SIDI ABDULLAH B.ABI JAMRAH
(02) SIDI ASRAF AL HUSAINI (WALI KECIL)
(03) SIDI IBNU ATO'ILLAH AS SAKANDARI
(04) SIDI KAMALUDDIN AL HUMMAM
(05) TEMPAT KHALWAT SAIDAH NAFISAH
(06) SIDI TAQIYUDDIN IBNU DAQIQ
(07) SIDI WAFA'I (ADA LEBIH DARI 17 BUAH MAQAM WALI DALAM MASJID BELIAU)
(08) SIDI ABU SAUD ABIL ASYA'IR
(09) SIDI UMAR AL FARIDI
(10) SIDI IMAM MUHAMMAD AS SYATIBI DLL.

SAIDAH NAFISAH

(01) MASJID MAQAM SAIDAH NAFISAH DAN KHADAM BELIAU
(02) MASJID DAN MAQAM SAIDAH ROKAIYAH
(03) SAIDAH ATIQAH
(04) SAIDAH JAAFAR
(05) SIDI IBNU SIRIN
(06) SAIDAH SAKINAH DLL.

SAIDAH ZAINAB

(01) MASJID DAN MAQAM SAIDAH ZAINAB BT SAIDINA ALI
(02) SIDI ABDUL RAHMAN AL IDRUS
(03) SIDI MUHAMMAD ATRISH ABIL MAJID
(04) SIDI ALI ZAINAL ABIDIN
(05) MASJID SULTAN IBNU TOLUN DLL.

HAIYU HANAFI

(01) MASJID DAN MAQAM SIDI SULTAN SAMSUDIN AL HANAFI DAN MENANTU BELIAU
(02) SIDI MUHAMMAD AZAIMIYAH
(03) SIDI BUNYAMMIN DLL.

MEDAN IMAM REFAI'

(01) MASJID IMAM REFAI'DAN MAQAM ANAK IMAM REFAI'
(02) MASJID SULTAN HASAN DAN ANAK BAGINDA ( MASJID EMPAT MAZHAB )

MASJID AMRU AL AS

(01) MASJID SAIDINA AMRU AL ASS
(02) MAQAM SIDI ABDULLAH B. AMRU AL AS

AT TUNSI

(01) SIDI MUHAMMAD ABUL MAWAHIB AT TUNISI
(02) SIDI FAKRUL RAZI
(03) SIDI AHMAD B. ABDUL RAHMAN AL BANNA AS SA'ATI
(04) IMAM HASSAN AL BANNA

ATA'BAH / MEDAN GESYH

(01) SIDI IMAM AS SYA'RANI
(02) SIDI SYIHABUDDIN AL RAMLI (SYAFEI KECIL / SYAFEI SYOGIR )
(03) SIDI SYAMSUDDIN B. MUHAMMAD AL RAMLI DAN KHADAM BELIAU DLL.

MEDAN ABU ILLA'

(01)SIDI HUSAIN ABU ILAA"
(02) WALI DIAM DLL.


Dinukil kembali - Ibn Sarkamy

Friday, June 4

Penyakit Hati dan Rawatannya


Penyakit-penyakit yang biasa terdapat dalam jiwa manusia ialah seperti berikut:

1. Mensyirikkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

2. Melakukan amalan yang berdosa kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

3. Lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada hamba yang Muslim.

4. Menghina dan memandang kecil kepada orang yang dikasihi dan disokong Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

5. Meninggalkan keputusan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam kehidupan, sebaliknya mengambil keputusan yang lain.

Dalam realiti kini, segala ketentuan dan ketetapan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia. Manusia tidak memberi harga dan nilai kepada kehendak Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Manusia memandang sepi terhadap ketetapan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Mungkin terdapat segelintir manusia daripada umat ini yang memandang berat, mulia, tinggi dan agung dengan keputusan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Tetapi umumnya apabila dikemukakan keputusan Allah Subhanahu Wa Ta'ala maka dirasakan menjatuhkan maruah, seterusnya bersikap tidak mempedu­likan dan tidak mengendahkan keputusan tersebut. Inilah penyakit jiwa.

6. Tidak merujuk kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, sebaliknya mengambil rujukan yang lain dalam permasalahan hidup meliputi di bidang ilmu penge­tahuan, sistem, peraturan dan sebagainya.

7. Tidak bergantung harap kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, sebaliknya bergantung harap kepada ilah-ilah selain Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Apabila manusia tidak merujuk kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maka sudah tentu tiada lagi pergantungan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Hakikat ini dinilai berasaskan praktik hidup manusia hari ini, meskipun dari segi dakwaan sememangnya mereka mengakui merujuk dan bergantung Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Inilah yang sedang nyata berlaku.

8. Mencurigai, syak dan sangsi kepada janji-janji dan peringatan-peringatan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberitahu orang-orang yang beriman, bertaqwa dan beramal saleh akan janji syurga. Allah juga memberitahu orang-orang yang menentang-Nya akan janji azab neraka. Namun dalam perlaksanaan hidup manusia kini, ramai merasa syak dan sangsi terhadap janji-janji Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Jika manusia yakin akan janji-janji itu, sudah tentu realiti manusia berbeza daripada apa yang ada sekarang. Kini secara meluas manusia berasa curiga dan syak dengan janji-janji dan ingatan-ingatan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Itulah perkara-perkara atau sebab-sebab yang membawa penyakit kepada jiwa manusia.

UBAT YANG MUJARAB


Tidak ada ubat yang dapat mengubati penyakit-penyakit itu melainkan ubat yang ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Janganlah berusaha mencari ubat-ubat yang lain. Tidak akan sembuh penyakit-penyakit itu melainkan dengan ubat yang telah digunakan oleh Baginda Sallallahu’alaihiwasallam.

Untuk mengubati sesuatu penyakit, perlu terlebih dahulu kita melihat jenis penyakit tersebut. Ubat yang mujarab ialah apa yang berlawanan dengan penyakit yang menyerang manusia.

1. Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maka ubatnya ialah mentauhidkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

2. Jika penyakit itu ialah melakukan amalan berdosa, ubatnya ialah meninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

3. Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diber­ikan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab terse­but.

4. Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil terhadap perkara yang disukai Allah Subhanahu Wa Ta'ala, ubatnya ialah perlu mengambil berat, suka, redha dan cinta terhadapnya.

5. Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam semua hal kehidupan.

Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan boleh terlepas daripada keputusan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Segala-galanya perlu dirujuk dan dikembalikan kepada keputusan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. iaitu meru­juk dan kembali kepada syarak atau Islam sahaja.

6. Jika penyakit itu ialah memandang kecil dan hina terhadap nilai-nilai Allah Subhanahu Wa Ta'ala, ubatnya ialah kembali menilai dengan tinggi, agung dan baik akan nilai-nilai Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Manusia harus diberi kefahaman sebenar terhadap nilai-nilai Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan ditarbiyyah. Dengan cara ini barulah penyakit tersebut dapat sembuh.


KERIANGAN MEREKA YANG MENTAUHIDKAN ALLAH

Keseluruhan cara pengubatan di atas dipanggil cara pengubatan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam terhadap penyakit-penyakit jiwa.

Penyakit mensyirikkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, disembuhkan dengan cara kembali mentauhidkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Tauhid kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan membuka pintu kebaikan, kegembiraan, dan keriangan. Riang dan gembira orang-orang yang beriman ialah riang yang hakiki dan tidak berpu­ra-pura. Keriangan mereka lahir daripada tindakan mentauhidkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Keriangan mereka adalah keriangan berterusan walaupun mereka diancam dan dikecam.

Inilah keriangan dan kegembiraan bagi orang-orang yang mentauhid­kan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Mereka sentiasa bertindak di atas landasan sya­ra'. Sekiranya mereka bertindak di atas landasan syara' tetapi tidak merasai kepuasan, kelazatan dan keriangan, bermakna tauhid itu belum mantap. Mungkin masih terdapat penyakit di jiwa mereka.


TAUBAT

Taubat bermakna manusia kembali kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, peraturan-Nya dan hukum-Nya. Taubat ialah membuang dan mengosongkan diri dari­pada segala bentuk campuran yang buruk atau campuran yang boleh merosakkan jiwa. Taubat ialah menjaga diri daripada percampuran nilai-nilai lain dan kembali kepada nilai-nilai Allah Subhanahu Wa Ta'ala sahaja dalam setiap aspek kehidupan. Sekiranya seseorang itu termasuk ke dalam golongan orang-orang bertaubat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala maka campuran itu tidak wujud lagi pada dirinya. Inilah sifat orang bertaubat.

Taubat akan menutup segala pintu kejahatan dan membuka pintu kebahagiaan serta kebaikan. Ini boleh dilakukan dengan cara beristigfar kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan mentauhidkan-Nya. Sesiapa yang ingin menyihatkan badan hendaklah dia menjaga makan minum daripa­da makanan yang memudharatkan. Sesiapa yang ingin menyihatkan jiwa dan hati maka hendaklah dia meninggalkan segala dosa.


DOSA MELEMAH DAN MEMATIKAN JIWA

Thabit bin Qurrah berkata:

Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan. Justeru itu dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan jiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan tetapi ia tetap melemahkan badan). Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Abdullah bin Mubarak berkata:

Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Men­inggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa


REALITI KINI

Beralih kepada realiti hari ini, manusia secara umumnya mendur­hakai syara'. Dosa bukan sahaja menjadi sahabat malah membuat dosa menjadi sumber mata pencarian. Dosa menjadi suatu kelazatan.Hawa nafsu menjadi ganas. Jiwa manusia lebih cenderung kepada kejahilan dan kezaliman. Sifat fujur mengatasi sifat taqwa. Jiwa semakin sukar untuk menerima nasihat atau ubat. Jiwa masyarakat berasa cukup gelisah bila dengar kalimah syara' lalu dipandang hina, sepi dan serong. Lebih tenat lagi apabila jiwa menolak ubat dan sukakan penyakit. jiwa mengutamakan penyakit daripada ubat sehingga menganggap penyakit itu ubat dan ubat itu penyakit.

Penyakit mencerca Allah Subhanahu Wa Ta'ala berlaku dalam masyarakat. Cercaan ini berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada secara tersurat atau tersirat. Contohnya, Allah Subhanahu Wa Ta'ala menurunkan hujan. Kedapatan manu­sia mencerca Allah dengan cara berusaha menghalang hujan dengan alasan atau tujuan untuk menjayakan `malam amal' atau majlis-majlis tertentu. Walaupun Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengizinkan hujan berhenti tetapi itu adalah al-Istidraj. Allah SWT terus membiarkan mereka menunjukkan kemegahan.

Mencerca Allah Subhanahu Wa Ta'ala juga berlaku dengan cara memandang sepi hukum-hukum Allah Subhanahu Wa Ta'ala, memandang Islam sebagai cara hidup ketinggalan zaman, mengambil sebahagian daripada Islam dan menolak sebahagian daripadanya.

Realiti ini lebih payah dan sukar bagi para doktor (para penda'wah) untuk mengubatinya. Manusia yang berpenyakit itu pula akan terus memberi musibah dan kemalangan yang besar kepada umat keseluruhannya.




MENGUBATI DENGAN RAHMAT

Menurut Ibn al-Qayyim:

Tiada harapan lagi untuk diubati penyakit-penyakit itu kecuali hanya rahmat Allah Subhanahu Wa Ta'ala ke atas mereka sahaja.

Oleh itu, dalam setiap usaha, pendakwah-pendakwah mestilah berhu­bung dan bergantung dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Abdullah bin 'Abbas berkata:

Do'a kita harus mengandungi Tauhid (Uluhiyyah dan Rububiyyah) dan mestilah kembali menyifatkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagai yang paling Agung, Tinggi dan Pemurah.

Maksudnya, do'a pendakwah-pendakwah bukan sahaja dengan lafaz secara lisan bahkan praktik dan amalan mereka mesti mencerminkan kefahaman dan keyakinan akan sifat-sifat Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Dengan cara ini barulah pendakwah-pendakwah boleh mengharapkan do'a itu dimakbulkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...