SETIAP hamba pasti pernah melalui hari mendung dalam hidupnya. Ketika itu dia akan berada dalam zon iman yang lemah dan keadaan itu membuat dirinya sangat tertekan. Apakah mungkin hidupnya boleh tenang jika hubungan dia dengan Allah Taala terancam?Banyak sebab yang menyumbang kepada keadaan seperti itu. Antaranya ialah jika kita terlalu obses terhadap dunia hingga melupakan matlamat sebenar hidup ini. Tetapi bersyukurlah kepada Allah SWT kerana hati anda masih lagi hidup dan berasa sempit apabila menyedari kealpaan yang lalu.
Anda masih memiliki semangat untuk bangkit mencari iman yang hilang. Tetapi persoalannya, di manakah kita boleh menemukan iman yang hilang itu? Ada beberapa tempat yang boleh kita kunjungi untuk mencari keimanan sejati. Antaranya;
Di hati kita sendiri. Sesiapa yang mahu memperbaiki diri mesti melihat ke dalam lubuk hatinya. Di situlah asal mula kebaikan bercambah menjadi benih yang baik. Hati yang hidup biasanya sibuk menyoal pada tuannya, kenapa kamu lakukan itu dan ini? Untuk siapa dan apa faedahnya? Hanya ada satu zat yang dapat menguatkan hati kita, apabila kita bersandar padaNya maka hilanglah segala beban yang menyesakkan dada.
Siapakah yang kita cari jika hati terlalu sedih? Siapakah yang kita tuju jika mara bahaya telah mengepung dari segenap penjuru?
Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu maka tidak ada yang dapat menolak kurniaan-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” – (Surah Yunus: Ayat 107).
Hati yang sentiasa mengingati Allah SWT, di situlah akan bermula segala kebaikan tercipta. Hati yang membisikkan pada kita supaya bertaubat, melupakan segala yang berlalu dan memulakan hidup baru.
Hati adalah tempat jatuhnya pandangan Allah SWT, tempat berkumpul rahmat dan hidayah-Nya bagi mengikis segala syahwat yang melekat di dindingnya. Jika hati boleh disentuh umpama mangkuk kristal yang mahal, tuan empunya sudah tentu menjaganya dengan penuh kasih sayang. Jangan ada debu yang melekat, sentiasa dibersih dan diletak pada tempat yang aman. Tiada tangan kotor yang mampu menjamah.
Tapi sayang hati itu begitu murah pada pandangan manusia yang lalai, di biarkan retak menanti pecah berderai oleh dosa yang hitam. Masihkah ada peluang bagi kita membersih hati yang dicipta Allah SWT untuk merasai sejuta nikmat. Nikmat iman dan Islam, nikmat kebahagiaan dan ketenangan.
Al-Fudail bin ‘Iyadh berkata:
“Sesiapa yang memperbaiki hatinya kerana Allah, nescaya Dia akan memperbaiki amal perbuatanmu.
Sesiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungannya dengan orang lain.”
Iman yang hilang dan kehidupan sempit itu akan segera berakhir jika kita bersedia memperbaiki hubungan kita dengan Allah Taala. Melicinkan hati dari debu yang melekat, kerana tiada seorangpun yang sanggup menderita tanpa cahaya iman.
Berbuat adil terhadap diri sendiri
Adakalanya penyakit jasmani dan mental menyerang manusia silih berganti. Bukankah itu petanda wujudnya kezaliman yang kita lakukan pada diri sendiri? Pemakanan yang tidak seimbang dan rehat yang tidak mencukupi menjadi punca kurangnya daya kekebalan tubuh.
Tekanan dalam menempa karier dan kerjaya, hubungan yang tegang dengan orang lain menjadi sebab tekanan berlarutan. Tetapi adakah kita juga merasai antara sebab tekanan dalam hidup ini ialah tidak tersedianya ilmu yang cukup, iman yang kebal dan ibadat yang ikhlas? Anda boleh meminta nasihat doktor pakar atau mencari ubat alternatif yang menjadi gaya hidup manusia moden seperti rileks di spa dan melanggan pelbagai terapi yang diuji keberkesanannya. Semua itu ikhtiar yang baik selagi tidak menyalahi syarak.
Namun jangan mudah melupakan keperluan diri kita yang lain. Kalau hanya jasmani yang diambil berat, maka akan muncul ketidakseimbangan dalam hidup anda. Bagaimana dengan rohani sudahkah ia diubati?
Prof Dr Yusuf al-Qaradawi menyatakan dalam kitabnya Malamih Al-Mujtamak Al-Muslim:
“Islam adalah agama yang realistik, ia berinteraksi dengan manusia secara keseluruhannya sama ada jasmaninya, rohaninya mahu pun akal dan perasaannya.Islam meminta agar semua perkara itu diberi santapan yang cukup dalam batasan sederhana. Jikalau riadah itu menjadi santapan jasmani, ibadat menjadi santapan rohani, ilmu menjadi santapan akal maka seni pula menjadi santapan perasaan.”
Keadilan dalam Islam cukup jelas ukurannya. Hanya manusia saja yang tidak mampu memberi kesaksamaan untuk dirinya sendiri. Ada yang terlebih mengutamakan dunia hingga melupakan agama, ramai pula yang terpukau oleh ajaran yang menyalahi asas ketulenan Islam itu sendiri.
Keadilan untuk diri kita adalah memberi hak kepada seluruh isi tubuh ini dengan sebaik-baiknya. Rasulullah SAW pernah menegur seorang sahabat yang sembahyang sepanjang malam dan berpuasa terus menerus pada siang harinya, sabda baginda SAW yang bermaksud: ”Sesungguhnya bagi jasadmu ada haknya, bagi mata mu ada haknya, bagi keluargamu ada haknya dan bagi tetamu mu ada haknya.”– (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tiada yang lebih menyayangi kita selain Allah Taala dan diri kita sendiri. Jalannya telah ditunjukkan oleh Rasul-Nya SAW iaitu bersihkan hati dan berbuat adil pada tubuh badan ini.
Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.
Saturday, May 8
Friday, May 7
Jika Anda Berjuang, Bermakna Anda Tidak Keseorangan

"Akan sentiasa ada sekelompok dari umat ku yg memperjuangkan kebenaran, mereka tidak dapat dimudaharatkan oleh org2 yg menghina dan menyalahkan mereka sampai datang keputusan Allah (hari qiamat)" (H.R. Muslim)
Dari hadis ini, dapatlah kita ketahui bahawa setiapa masa dan zaman, mesti akn ada org2 yg memperjuangkan Islam. Benarkah hadis ini? ya. Memang benar, anda seolah2 merasakan anda keseorangan dalam perjuangan krn anda belum berhijrah ke tempat lain.. Saya bg contoh dari perspektif pergerakan Islam, contohnya seperti di Malaysia, pergerakan Islam yg paling terulung dlm perjuangan Islam nya ialah PAS. Pas tidak keseorangan dlm perjuangan nya.. Di Palestin juga ada pergerakan yg memperjuangkan Islam iaitu Hamas. Begitu juga dgn di Pakistan, gerakan yg memperjuangkan Islam di sana ialah Jamiat Islam. Kalau di Lubnan pula Hizbullah. Kalau di Filipina MILF.... Maknanya, PAS tidak berjuang sendirian, masih byk pergerakan Islam yg sdg berjuang.. Yg membezakan hanyalah tempat dan mungkin cara perjuangan nya. Ada yg sudah sampai tahap Jihad Qital contoh nya seperti di Palestin dan Filipina. Ada yg berjuang dlm Jihad Siasah, dan sebagainya..
Contoh yg lebih hampir dgn kita ialah kita (khusunya pelajar) sedang berdakwah dlm masyarakat sekolah kita, dlm perjuangan dakwah itu banyak manusia2 yg ingin menjatuhkan kita, kita pun terpaksa berdepan dgn pelbagai kutukan dan ancaman org. Kawan2 pula apabila melihat kita dikutuk, mrk tidak berani utk menyebelahi kita, nafsi nafsi... Ketika itu, kita rasa seolah kita ini keseoranagn dlm perjuangan, kita rasa serik utk berjuang.
Contoh yg lain pula bg org yg sedang berjihad dgn nafsu. Misalnya, kita mengaji halal haram, serta hukum hakam, tiba2 terpaksa brgaul dgn sekelompok manusia yg tidak mengambil endah tentang halal haram dan huhum hakam. Sembahyang atau tidak , mereka tiada kisah.. minum arak ka berjudi ka, mereka tiada kisah... Maksiat dilakukan dgn slamber sahaja depan org tanpa rasa bersalah.. Di waktu ini, jika kita melakukan dosa, tiada siapa akn menegur kita...ketika itu kita teruji.. kita teruji dgn suasana.... Kalau kita sayangkan diri kita drpd dijilat api neraka, terpaksa melakukan "mujahadah nafsu" utk mempertahankan iman kita drpd rosak krn suasana. Cuba bayangkan, betapa payah nya berjuang ketika itu, semua org bagaikan musuh kita. Kita rasa tersiksa menjaga diri.
Tp, apabila kita keluar dari tempat kita, seperti kita berkawan dgn pelajar sekolah lain, kita akn dapati masih ramai kawan2 kita di tempat lain juga sedang berjuang dan mrk juga mengalami pelbagai kesukaran dlm perjuangan mrk..
Ada sesetengah da'ie merasa beban dan keseorangan dlm perjuangan.. SEDARlah bhw apabila kamu berjuang, bermakna kamu tidak keseorangan krn masih ramai org 2 yg sedang berjuang, dan kamu pula tergolong drpd org2 yg berjuang. Ingatlah pesan Sayyid Qutb "Kita bukan org yg memulakn perjuangan tp org yg menyambung perjuanagn yg dimulakan oleh para Nabi." Ini bermakna bukan kita seorang sahaja yg sedang merasai kesusahan perjuangan tapi sudah banyak org2 yg tlh merasai kesusahan perjuangan dan mrk tlh pun mendapat sebaik2 balasan diatas kesusahan itu iaitu mati syahid. Jgn lupa, hayati juga ayt quran ini, "Dan berjihadlah kamu pd jalan Allah dgn jihad yg sebenar2 nya, krn Dia tlh memilih kamu (utk berjihad), dan Dia tidak menjadikan kepayahan kpd mu dlm urusan agama" 78 al-hajj
Apabila kita ditimpa kesusahn, kita perlu bersyukur krn itu tandanya Allah sayangkan kita. Ada kata2 "Apabila Allah sayangkan hambanya, Dia akn menguji hambaNya, jika hamba Nya redho dan sabar, Dia memilih hambaNya itu"
WUDHUK ZAHIR DAN BATIN

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya.
Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu
bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki
dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorangabid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman,bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,
"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".
Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku
dan menghadap kiblat.Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan":
1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas
titian Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah
solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud
dengan tawadhuk,aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan
ikhlas.Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang
baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Kawal Nafsu Amarah Anda

" Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan maka mintalah perlindungan kepada Allah,sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al-A'raf:20)
Baginda Rasul berpesan kepada para sahabatnya dengan berkata:"Jangan marah,jangan marah,jangan marah."
Terdapat satu kisah iaitu ketika seorang lelaki dalam keadaan marah,disuruh oleh baginda Rasul memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syitan.
"Dan aku berlindung kepada-Mu,wahai tuhanku,supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku"
(Surah al-mukminun:98)
"Sesungguhnya org2 yang bertakwa,apabila mereka di sentuh oleh sesuatu imbasan hasutan syaitan,mereka ingat(kpd ajaran Allah)maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)"
(Surah Al-A'raf:201)
Terdapat hal-hal yang dapat menimbulkan keresahan,kesedihan,emosi dan amarah di dalam hati,yang ubatnya ada pada diri Baginda Rasul:
1)Menahan Marah
"Dan org2 yang menahan marahnya"
(Surah Ali Imran:134)
"Dan apabila mereka marah mereka memberi ampun"
(Surah Asy-Syura:37)
2)Berwudhuk
Marah adalah bara api,dan api hanya boleh dipadamkan dengan air.baginda Rasul bersabda ertinya:"Kebersihan adalah sebahagian dr iman."juga sabdanya "Wudhuk itu senjata org mukmin"
3)Tukar posisi/keadaan ketika anda marah
Jika seseorang marah dalam keadaan berdiri maka hendaklah dia duduk dan jika sedang duduk maka hendaklah berbaring
4)Diam
Diam itu lebih baik dari terus bercakap ketika berkeadaan marah
5)Ingat ganjaran bagi org yang sabar menahan marah
mengingati pahala yang yang dijanjikan untuk orang yang menahan marah yang memberi maaf kepada sesama manusia dan sikap bertolak ansur.
Wednesday, May 5
nak g mana erk?????
wanitaku
Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"
"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"
Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "
"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu;¿kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."
"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."
Kirimkan ini kepada
setiap wanita yang anda kenal hari ini
untuk memperingati Wanita. Jika Anda
lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!
Kirimkan msg ini juga
kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu.. dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"
"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"
Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "
"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu;¿kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."
"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."
Kirimkan ini kepada
setiap wanita yang anda kenal hari ini
untuk memperingati Wanita. Jika Anda
lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!
Kirimkan msg ini juga
kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu.. dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.
Tuesday, May 4
~..Kemanisan cinta-Mu yg ku dambakan..~
Ahh..
Tumpas lagi aku di malam ini..
Keimanan yang sering di pertahankan musnah lagi..
Tatkala nafsu dan iblis yang di jadikan raja dalam diri..
Keimanan yang nipis itu di koyakkan sekali lagi..
Lantaran kebodohan hambaMU yang mengatakan dirinya pejuang di jalanMU..
Dimanakah kedudukanku di sisimu Ya Rabb..?
Dimanakah darjatku di sisimu Ya Rahman?
Apa masih punya tempatkah aku di sisiMU itu Ya Rahim?
Aku cukup takut kepadaMu Ya Allah..
Takut dengan dosa-dosa yang sering ku lakukan..
Takut dengan nikmat-nikmatMu yang sering ku salah gunakan..
Takut dengan amanah-amanahMu yang berani ku pikul ini..
Sekali lagi Ya Rabb..
Aku tewas lagi dalam menjaga keimanan ini..
Tewas dengan nafsu diri dan bisikan makhluk yang dimurkaiMu itu Ya Rabb..
Terkadang aku bertanya pada diriku sendiri..
Apa benarkah aku adalah pejuang di jalanMU ya Rabb?
Apa benarkah aku umat Nabi Muhammad Saw yang dikasihiMU itu?
Apa benarkah aku adalah makhluk yang di muliakan olehMu itu?
Lantaran taubat yang biasa ku lakukan itu di jadikan permainan..
Seolah-olah suatu lakonan di hadapanMu..
Di lakukan hanya kerana takut padaMu buat seketika cuma..
Benarlah aku seorang pelakon yang sungguh hebat di hadapanMu..
Sungguh aku adalah seorang makhlukMu yang hina..
Bodoh lagi daif di sisiMU..
Terkadang aku cukup malu padaMU Ya Rabb..
Kerana mengotori kesucian cintaku kepadaMU dan cintaMU kepadaku..
Ampunilah hambaMu ini Ya Tuhanku..
Kerana sering memungkiri janjinya kepadaMU..
Alpa dalam menunaikan hak-hak yang harus ditunaikan kepadaMU..
Sungguh..
Aku cintakanMu ya Rabb..
Terlalu rindukan saat-saat bersujud di hadapanMU..
Di kala malam aku memujiMU
Di kala malam aku merintih padaMu..
Di kala malam aku bercerita kepadaMu..
Tiada kata yang dapat ku ungkapkan lagi buatMu Ya Rabb..
Melainkan aku sayang kepadaMU..
Cinta kepadaMu..
Jadi ku mohon dengan setulusnya kepadaMU Ya Rahman..
Tenggelamkanlah aku dalam cinta ini Ya Rahim..
Kerana aku tahu kau maha Pengampun bagi hamba-hambaMU..
Dan aku sangat yakin dengan itu..
Kau pasti mengampuni dosa-dosaku..
Semoga engkau tidak mengambil apa yang telah engkau berikan padaku ini..
yakni..
'HIDAYAH'
Tumpas lagi aku di malam ini..
Keimanan yang sering di pertahankan musnah lagi..
Tatkala nafsu dan iblis yang di jadikan raja dalam diri..
Keimanan yang nipis itu di koyakkan sekali lagi..
Lantaran kebodohan hambaMU yang mengatakan dirinya pejuang di jalanMU..
Dimanakah kedudukanku di sisimu Ya Rabb..?
Dimanakah darjatku di sisimu Ya Rahman?
Apa masih punya tempatkah aku di sisiMU itu Ya Rahim?
Aku cukup takut kepadaMu Ya Allah..
Takut dengan dosa-dosa yang sering ku lakukan..
Takut dengan nikmat-nikmatMu yang sering ku salah gunakan..
Takut dengan amanah-amanahMu yang berani ku pikul ini..
Sekali lagi Ya Rabb..
Aku tewas lagi dalam menjaga keimanan ini..
Tewas dengan nafsu diri dan bisikan makhluk yang dimurkaiMu itu Ya Rabb..
Terkadang aku bertanya pada diriku sendiri..
Apa benarkah aku adalah pejuang di jalanMU ya Rabb?
Apa benarkah aku umat Nabi Muhammad Saw yang dikasihiMU itu?
Apa benarkah aku adalah makhluk yang di muliakan olehMu itu?
Lantaran taubat yang biasa ku lakukan itu di jadikan permainan..
Seolah-olah suatu lakonan di hadapanMu..
Di lakukan hanya kerana takut padaMu buat seketika cuma..
Benarlah aku seorang pelakon yang sungguh hebat di hadapanMu..
Sungguh aku adalah seorang makhlukMu yang hina..
Bodoh lagi daif di sisiMU..
Terkadang aku cukup malu padaMU Ya Rabb..
Kerana mengotori kesucian cintaku kepadaMU dan cintaMU kepadaku..
Ampunilah hambaMu ini Ya Tuhanku..
Kerana sering memungkiri janjinya kepadaMU..
Alpa dalam menunaikan hak-hak yang harus ditunaikan kepadaMU..
Sungguh..
Aku cintakanMu ya Rabb..
Terlalu rindukan saat-saat bersujud di hadapanMU..
Di kala malam aku memujiMU
Di kala malam aku merintih padaMu..
Di kala malam aku bercerita kepadaMu..
Tiada kata yang dapat ku ungkapkan lagi buatMu Ya Rabb..
Melainkan aku sayang kepadaMU..
Cinta kepadaMu..
Jadi ku mohon dengan setulusnya kepadaMU Ya Rahman..
Tenggelamkanlah aku dalam cinta ini Ya Rahim..
Kerana aku tahu kau maha Pengampun bagi hamba-hambaMU..
Dan aku sangat yakin dengan itu..
Kau pasti mengampuni dosa-dosaku..
Semoga engkau tidak mengambil apa yang telah engkau berikan padaku ini..
yakni..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa
Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...
-
Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...
-
نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول 1 المادة : اللغة العربية / الصف الاول بودي ...
-
Hari berganti hari, minggu berubah selepas tujuh hari, bulan pula silih berganti, lalu tahun terus berlalu, maka bertambahlah usia dan du...
