Friday, April 23

keadilan islam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Cinta Agung. Keadilan merupakan perkara yang dituntut dalam agama Islam. Firman Allah Ta’ala: "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat." (QS. an-Nahl :90).

Adil lawannya zalim, ADIL bermaksud meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya manakala ZALIM pula, meletakkan sesuatu perkara pada bukan tempatnya. Sebagai contoh, pen yang fungsinya untuk menulis tetapi digunakan untuk membuat perkara yang luar daripada fungsi asalnya. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan pada hari Kiamat…” dan Allah Ta’ala sendiri mengharamkan kezaliman pada diriNya. Wallahu alam.

Peristiwa Perempuan Bani Makhzum Yang Mencuri

Dalam sejarah, berlaku perkara yang membuktikan bahawa keadilan ini amat dititikberatkan oleh Islam. Kisah seorang perempuan mulia dari Bani Makhzum yang mencuri. Kes perempuan ini menarik perhatian kaum Quraisy dan mereka ingin mencari orang tengah yang boleh menjadi perantaraan dengan Rasulullah S.A.W. untuk menghindarkan hukuman had darinya.
Maka mereka berkata: "Siapakah yang boleh bercakap dengan Rasulullah S.A.W. dalam kes ini ?" Mereka berkata: " Tidak ada yang berani melakukannya kecuali Usamah bin Zaid yang dicintai Rasulullah ." Maka perempuan itu dibawa ke hadapan Rasulullah , lalu Usamah bin Zaid bercakap tentang perempuan itu kepada Rasulullah .
Maka berubahlah raut wajah Rasulullah dan bersabda:
أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللهِ؟
"Apakah engkau memberi syafaat dalam satu had dari hudud Allah I?
Usamah berkata: " Mohonlah ampun untukku, wahai Rasulullah." Maka tatkala di waktu isya', Rasulullah berdiri memberikan pidato. Lalu Baginda memuji Allah sebagaimana mestinya, kemudian bersabda:
"أَمَّا بَعْدُ، فَإِنَّما أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ، وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الحَدَّ، وَإِنِّي وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ، لَقَطَعْتُ يَدَهَا" [مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ].
"Amma ba'du, sesungguhnya yang membinasakan umat sebelum kamu adalah bahwa mereka, apabila orang yang mulia mencuri di antara mereka, mereka membiarkannya. Apabila orang yang lemah mencuri pada mereka, mereka menegakkan hukum atasnya. Sesungguhnya aku, demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya, jika sesungguhnya jika Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku akan potong tangannya." Muttafaqun 'alaih.
Hadis ini membawa kita kepada satu kesimpulan bahawa:
1- Konsep keadilan di dalam Islam tidak memandang kepada keadaan status seseorang. Tidak kira sama ada orang kaya atau miskin, semuanya dihukum jika disabitkan bersalah.
2- Ketidakadilan dalam menjatuhkan hukuman menjadi punca kepada hancurnya sesuatu umat sebagaimana yang berlaku kepada umat-umat terdahulu.
Secara umumnya, dalam negara-negara di dunia termasuk negara-negara umat Islam masih lagi tidak menerapkan roh keadilan dalam sistem perundangan mereka. Hukum-hukum sekular masih bertapak di dalam negara. Hakim-hakim disogok untuk membela mereka yang bersalah dan ada diantara mereka diugut jika tidak mengikut kehendak mereka. Kesannya, orang yang berpengaruh bermaharajalela dengan kejahatan mereka. Jika perkara ini tidak dibendung maka tunggulah kehancuran suatu masyarakat itu.
Negara-negara umat Islam yang menjalankan hukum Islam boleh dibilang dengan jari. Kelompok masyarakat Islam yang bersungguh-sungguh untuk menegakkan hukum Islam ini, dihalang dengan pelbagai cara. Semuanya untuk memastikan undang-undang Islam ini tidak dilaksanakan. Pelaksanaan hukum Islam perlu dilihat dari sudut keamanannya bukan dari sudut hukumannya, persepsi ini perlu ada dalam diri setiap umat Islam. Umat Islam perlu yakin bahawa, setiap percubaan musuh untuk menghancurkan Islam akan menemui kegagalan walaubagaimana hebat sekalipun strategi mereka. Wallahu alam…

Tuesday, April 20

kehidupan

kehidupan....
warna-warninya kehidupan...
kadang-kadang malas,kadangkala mengantuk,kadang-kadang jemu....
ade masa semangat,
jadi kuat,
makin rajin,....
begitula pusingan warna-warni kehidupan...

seorang pelajar,
bangun pagi persiapkan diri...
tunaikan kewajipan n g kelas2...
balik sambung study....

seorang pekerja....
pagi-pagi gerak g keje...
balik nak dekat malam....keletihan....

hurm...cara kehidupan seseorang....

tapi bila melihat dengan keperluan dan kehendak masyarakat sekarang...

hurm...xde masa nak layan letih ,ngantuk n bosan....
masa yang diperuntukkan selama 24jam sehari pun rasa xcukup...
kerana ianya telah dibahagikan antara kehidupan,pembelajaran dan kerja2 islam...
huh...kalo nak layan letih,malas ngan mengantuk je....
sian kat masyarakat islam kita....

jadi...nasihat kepada diriku yang lemah ini,
masa kita da sempit sangat,kena semangat dan teruskan gerakkerja seterusnya....tiada istilah rehat2 lagi,jangan nak beralasan....
kalo xpenat kat dunia,nanti kepenatan kat akhirat kene azab....
huhu...semangat2....
teruskan perjuangan.....


islam for ALL.......

Friday, April 16

Kalam Taujihat


Salam...baru2 ni diminta buat kalam taujihat...
jadi,tercipta la kalam2 ni....
kalo tersalah sila2 la tegur....


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam perjuangan kepada sidang pembaca sekalian,
Segala puji bagi Allah Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana, Tuhan yang memiliki segala kekuasaan dan tiada sekutu bagi-Nya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah S.A.W, para sahabat,ahli keluarga serta seluruh generasi yang menjadi mata rantaian perjuangan Baginda S.A.W, yang mana antara mutiara kata dari kalam Kenabian Baginda, “Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat”

Sahabat-sahabat seperjuangan ,

Keberadaan kita di bumi mesir ini tidak lain adalah untuk mencari mutiara-mutiara ilmu milik Allah S.W.T agar menjadi bekalan kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini sekaligus digunakan samada di Mesir mahupun di Tanah air kita. Oleh itu, hendaklah kita senantiasa memperbaharui niat dari masa ke semasa agar kita tidak terpesong dari tujuan suci ini.

Sahabat-sahabat seperjuangan ,

Ilmu itu bersifat teori dan praktikal, juga berbentuk kendiri dan kemasyarakatan. Sepertimana yang kita ketahui,mutiara-mutiara ilmu yang diperolehi dari kuliah, juga dari kelas-kelas pengajian luar itu tidak terhitung nilainya,dan ianya bersifat teori dan juga merupakan ilmu kendiri bagi setiap individu. Sudah diketahui umum,setiap ilmu itu mestilah diamalkan dalam kehidupan untuk diri dan juga masyarakat, alangkah ruginya sesuatu barang berharga itu kita tidak memanfaatkannya,jadi,selaku orang yang berilmu sudah pasti kita mengetahui medan untuk mempraktikan ilmu-ilmu yang kita perolehi. Diakui umum, medan persatuan adalah saluran terbaik untuk kita meluah serta mempraktikkan ilmu selagimana kita bergelar mahasiswa/wi.Kerana pengalaman yang bakal dimiliki itupun merupakan ilmu.

Pejuang agama Allah sekalian ,

Sebagai seorang yang bergelar mahasiswa/wi, kita haruslah mengimbangkan antara ilmu kendiri dan ilmu kemasyarakatan. Kedua-dua jenis bidang tersebut sangat penting bagi diri seorang yang bergelar mahasiswa/wi, kerana akhir-akhir ini kita melihat terdapat segolongan dari kita lebih cenderung terhadap satu bidang dan meninggalkan sebahagian lagi ilmu tersebut,sedangkan kita ketahui ilmu kendiri dan ilmu kemasyarakatan tidak dapat dipisahkan. Kita menuntut ilmu bersungguh-sungguh sekaligus mempraktikkannya secara bersungguh-sungguh.
Justeru itu, bersempena dengan musim peperiksaan yang bakal tiba, saya menyeru agar kita sama-sama bersungguh-sungguh dan menggunakan masa dengan sebaik mungkin agar dapat kita mengutip mutiara ilmu dan beroleh kejayaan dalam peperiksaan sekaligus dapat kita sama-sama mempraktikkan ilmu tersebut ke dalam medan persatuan kita bersama.” Ilmu tanpa amal,ibarat pokok tanpa buah".

SALAM IMTIHAN DARI KEPIMPINAN BKAWM.

"هذه دعوتي , فهل من مجيب"


Roslizan Bin Mohd Yusof

Monday, April 5

manaqib al-habib abdul qadir as-saqaf


Salam semua.
bagi mengenang pemergian al-habib abdul qadir as-saqaf yang baru wafat semalam
di sini habeeb nakkongsikan serba sedikit manaqib @ biografi al-habib..kate org tak kenal maka tak cinta
Nasab Beliau :

Beliau adalah Al-Habib Abdul Qodir bin Ahmad bin Abdurrahman bin Ali bin Umar bin Segaf bin Muhammad dan terus bersambung nasabnya hingga sampai kepada Rasulullah Muhammad SAW.

Kelahiran Beliau :

Beliu dilahirkan di kota Sewun, Hadramaut, pada bulan Jumadil Akhir Tahun 1331 H. Beliau dibesarkan oleh kedua orangtuanya yang sholeh sehingga sejak kecil beliau telah dihiasi dengan hidayah dan ketakwaan.

Kedua orangtua beliau

Ayah beliau, Al-Habib Ahmad bin Abdurrahman Assaggaf, adalah seorang imam yang dihiasi dengan keindahan budi pekerti yang luhur ilmu yang luas dan amal yang soleh. Al-Habib Ali bin Muhammad Alhabsyi pernah berkata bahwa Al-Habib Ahmad bin Abdurrahman adalah Imam Wadil Ahqof (Hadramaut).

Ibu beliau adalah As-Syarifah Alawiyah binti Al-Habib Ahmad bin Muhammad Aljufri. Beliau adalah seorang wanita yang sholihah dan suka pada kebajikan. Ketika ibu beliau sedang mengandung dan melahirkan bayi laki-laki, bayi tersebut diberi nama Abdul Qodir atas isyarat dari Al-Habib Ali bin Muhammad Alhabsyi, tetapi tidak lama kemudian bayi tersebut meniggal dunia. Ketika As-Syarifah Alawiyah melahirkan bayi laki-laki untuk yang kedua kalinya, Al-Habib Ali juga mengisyaratkan agar bayi tersebut diberi nama Abdul Qodir. Al-Habib Ali mengatakan bahwa bayi ini kelak akan menjadi orang yang mulia yang mengabdikan hidupnya untuk taat kepada Allah dan menjadi seorang yang dihiasi dengan ilmu, amal dan ihsan.

Sunday, April 4

konteks kebajikan dalam islam vol.2

1- Sebelum ini kita telah membicarakan konteks kebajikan di dalam Islam pada sudut akidah. Dan kita mengetahui bahawa seruan ke arah akidah Islam, merupakan kebajikan yang paling besar ke atas manusia kerana akan menyelamatkan manusia di akhirat kelak. Bahkan rahmat yang dibawa oleh Junjungan Mulia bukan sekadar kebajikan berbentuk material sahaja, bahkan kebajikan ialah apa jua perkara yang akan menyebabkan seseorang itu berasa selamat dan aman.

2- Islam menekankan manusia agar menjaga 5 perkara asas utama iaitu agama, nyawa, akal, harta dan keturunan (juga termasuk maruah). 5 perkara asas utama inilah kebajikan yang perlu diberikan dan ditekankan oleh Islam ke atas umatnya. Bagaimana cara untuk tidak berlaku apa-apa jua kerosakan dan keburukan ke atas 5 perkara asas utama tersebut maka ia merupakan kebajikan yang disalurkan.

3- Berkenaan dengan agama ialah, kita menerangkan kepada manusia sekalian mengenai agama yang sebenar. Yang relevan dari sudut akal dan fleksibel pada setiap masa dan zaman. Justeru, dakwah bagi menerangkan kecantikan Islam adalah sangat penting supaya manusia boleh mengenal Islam dengan baik dan jelas. Banyak penganut agama yang mendakwa bahawa agama mereka adalah yang paling jelas dan terbaik, namun catatan sejarah telah membuktikan bahawa sistem yang diperkenalkan oleh mereka adalah tidak menepati konsep yang sebenar. Sebagaimana sistem ekonomi kapitalis dan sosialis, 2 sistem bagi membentuk sistem kewangan yang terbaik, namun keburukan yang melanda jelas berlaku dan akhirnya manusia kini berlumba-lumba untuk menggunakan sistem kewangan Islam.

4- Selain itu, satu medan pendekatan di antara kepelbagaian agama turut dianjurkan oleh Islam bagi menemukan titik pertemuan dan menjauhi pergaduhan di antara satu sama lain. Apa yang penting ialah, forum perbincangan di antara agama akan membuka minda semua bahawa cantik dan relevan sistem dan etika di dalam Islam dari semua sudut samada ibadat, ekonomi dan lain-lain lagi.Bahkan Nabi Muhammad SAW juga turut menyeru dan berdialog kepada para rahib yahudi di dalam menyeru ke akidah yang satu iaitu akidah Islam.

Firman Allah SWT : "katakanlah (wahai Muhammad) wahai ahli kitab! marilah menuju ke satu kalimah yang menyatukan di antara kami dan kamu iaitu janganlah kamu menyembah selain daripada Allah SWT..."

5 - Hasilnya, secara tidak langsung Islam dan hujah-hujah yang menyokong Islam dapat disebarkan dan disalurkan kepada penganut agama yang lain sekita sesi dialog diadakan. Apa yang penting ialah Islam dapat disampaikan kemudian disusuli dengan tarikan agar mereka dapat menerima sistem Islam kemudian barulah peringkat yang seterusnya.

6 - Justeru, asas utama penjagaan agama adalah sangat penting dan keutamaan yang paling tinggi yang tidak boleh diremehkan. Hal ini demikian ia berkait dengan kebajikan ke atas akidah yang telah dibicarakan sebelum ini. Sebab itu, Allah meriwayatkan kisah Luqman Al-Hakim ketika mana beliau menasihati anaknya agar tidak mensyirikkan Allah SWT kerana ia merupakan kezaliman yang besar.....

ni pun copy dari : http://akuabezuh.blogspot.com/2010/04/konteks-kebajikan-di-dalam-islam-vol-2.html

Konteks kebajikan dalam islam vol.1

1- Satu sesi diberikan peluang di dalam memikul amanah menjalankan kebajikan kepada mahasiswa/wi Malaysia di Mesir memberikan banyak input dan ilmu yang baru kepada saya berkaitan kebajikan. Kebajikan merupakan agenda di dalam agama Islam itu sendiri bagi memamdu manusia ke arah yang tuntut dan menyelamatkan mereka daripada kebinasaan dan kerosakan yang dimurkai.

2- Persoalan kebajikan bukan hanya dimainkan oleh Islam sahaja, bahkan ia menjadi pembawakan yang penting bagi mana-mana seruan oleh pihak-pihak selain Islam. Tidak kiralah samada kebajikan yang mereka definasikan berbentuk pemberian material atau kemewahan dunia.

3- Apa yang penting di dalam Islam, kebajikan bukan hanya setakat pemberian material dan janjian kemewahan dunia semata-mata. Ia bukan tujuan utama. Namun apa yang diutamakan dan hakikat yang sebenar ialah, kebajikan di dalam Islam ialah memastikan manusia umumnya, khasnya umat Islam, berada di dalam keadaan yang dirahmati Allah SWT dengan melakukan amal makruf dan menegah kemungkaran. Ini adalah skop yang sangat besar dan umum.

4- Itulah hakikat sebenar kebajikan di dalam Islam. Memastikan amal makruf berjalan dan kuat kuasa cegah kemungkaran dilaksanakan. Justeru, apabila kedua-duanya dilakukan, nescaya kesenangan, pemberian material dan kemewahan akan menyusul selepas itu.

5- Bermula dengan akidah yang merupakan tapak bagi manusia mengakui Allah tuhan yang Maha Esa yang tiada tuhan yang layak disembah melainkan-Nya, kebajikan utama yang harus dilaksanakan ialah menyelamatkan akidah manusia. Memastikan semua kembali dan menuruti landasan yang telah diletakkan oleh Islam. Dengan memperakui Allah sahaja yang layak disembah dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah, kebajikan ke atas akidah manusia telah terlaksana. Kerana akidah yang rosak akan menyebabkan manusia diheret ke lembah neraka selama-lamaya. Justeru, kebajikan ke atas akidah memastikan, kefahaman yang sebenar mengenai tujuan diciptakan dan pelepasan di akhirat kelak.

6- Sebagaimana yang telah saya bentangkan di dalam siri Akidah Islam Dan Jenayah Murtad, kekuatan akidah di dalam memperakui Allah Yang Maha Esa sahaja yang layak disembah mempunyai 3 unsur utama bagi membentuk peribadi muslim yang sebenar-benarnya menyerahkan diri kepada Allah SWT. 3 unsur utama tersebut ialah memperakui Alllah sebagai tuhan yang layak disembah tanpa yang lain, tuhan yang menciptakandan mengatur percaturan yang telah termaktub, dan unsur yang akhir ialah meyakini bahawa kekuasan mutlak bagi Allah di dalam melaksanakan manfaat dan kemudhratan iaitu hanya Allah menjadi tempat perlindungan dan pergantungan dalam segenap urusan.

7- Ekoran akidah yang salah dan sesat merupakan punca utama kerosakan dan kezaliman melanda di atas muka bumi ini. Sekiranya segala pemusatan disatukan kepada Allah nescaya, isu kezaliman pasti tidak berlaku. Namun kezaliman terus melanda disebabkan pelbagai akidah yang salah tersebut. Lihat sahaja, bagaimana akidah yang dianuti oleh Yahudi dan kini kepercayaan tersebut yang telah diselewangkan oleh paderi dan para zionis mereka menyebabkan mereka meghukumkan bahawa darah umat Islam bagi mereka adalah halal untuk ditumpahkan. Penyelewangan akidah yang dianuti oleh kelompok atheis menyebabkan percaturan dan peraturan kehidupan dunia membenarkan kezaliman ke atas nyawa, maruah dan harta berlaku. Dan hanya dengan memperbetuli akidah ke arah akidah Islam, kebajikan secara hakikat akan terlaksana.

di copy dari : http://akuabezuh.blogspot.com/2010/03/konteks-kebajikan-di-dalam-islam-vol-1.html

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...