Sunday, August 9

Ahlan Wasahlan kepada siswa/wi Baru 09/10



Hari ini 9 Ogos 2009,insyaALLAH kami pelajar-pelajar Negeri Sembilan Di Mesir akan menyambut ketibaan sekumpulan @ jemaah(BUKAN JEMAAH HAJI) pelajar siswa n siswi baru yang akan menyambung pelajaran di sini...





Jadi,kami semua mengucapkan selamat datang kepada mereka,beserta nasihat supaya bersedia dan sentiasa tajdid niat semasa belajar di sini supaya kita tidak terpesong...



Seperti tahun-tahun lalu,sajian makanan di sediakan supaya siswa/wi baru ini tak terputus terus ngan makanan2 dan masakan2 neegara kita,cuma capati dan tosei tak dapat la di sediakan...
Sekian,

Expo Gempak Yang Memang Gempak



Gempak,Hebat,Gah....
Huish,rasa macam berada kat Malaysia je apabila ana melihat sendiri semangat dan kerjasama anak-anak Malaysia di Mesir ini merayakan sambutan Hari Kebangsaan Negara kita ...
Erm..gambar xsempat nak upload sebb kekurangan masa,jadi sempat nak cerita sikit2 je...
Majlis bermula dengan persembahan dari anak-anak Malaysia di Mesir,Ini barula menunjukkan satu Malaysia,Bermula dengan persembahan dari pelajar-pelajar Buuth,kenudian di susuli dengan paluan kompang beserta lagu-lagu yang best oleh anak-anak negeri Johor,paluan kompang di sertai dengan lagu-lagu seperti can malican,ala omak kawin kan aku dan jit-jit semut memang memukau para penonton yang hadir menjayakan program...
Majlis kemudian di susuli dengan persembahan seni mempertahankan dir iaitu seni taekwondo...setiap terjahan dan aksi peserta taekwondo ini memang menunjukkan bahawa para daie @ ustaz juga perlu menguasai ilmu mempertahankan diri...
Acara di teruskan lagi dengan persembahan konvoi motosikal membawa jalur gemilang...
terdapat baberapa buah motosikal berkuasa tinggi membawa bendera...Ha..yang hebatnya...turut disertai oleh warganegara filipina....
Kemudian Acara perbarisan kontinjen dari setiap negeri dan Dewan Perwakilan Mahasiswa seperti Damanhur,Zaqaziq dan Dumyat....
Acara ini memang gempak....
Dan yan paling gempak ana rasakan ialah ketika mana malis di rasmikan,maka 'Gimik" yang begitu menakjubkan seperti persembahan bunga api,kibasan jalur gemilang sebesar rumah selangor di Mesir... ana kira kalo diletakkan bendera selangor sebesar tu di sebelah bendera Malaysia yang menjadi Gimik semalam,sudah tentu Rumah selgor dibungkus seperti hadiah...hehe...
Erm..semua suasana ni menunjukkan semangat dan cara sambutan yang sangat baik dan islamik....
Kita mampu sebenarnya membuat satu-satu sambutan berdasarka lunas-lunas agama...sape yang berani kata,kalau buat sesuatu majlis ikut tatatertib agama tak seronok? ianya telah terbukti menyeronokkan dan bebas maksiat serta ikhtilat...

Jadi kita la 'AGEN PERUBAH' kepada masyarakat kita..
Ana memang teruja dengan acara sebegini...
Sekian,




ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN,

Saturday, August 8

Ingin Mencuba



Assalamualaikum kepada semua...
ini hasil percubaan ana yang baru belajar cara2 nak buat banner...
walaupun hasilnya tak berapa best...
tapi ini la yang mampu di buat bagi org yang baru belajar n mahu mencuba.....


e-jan

Hadis ke-7

Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda : ' Agama itu adalah an-nasihat. ' Kami sekelian bertanya : ' Untuk siapa ? ' Maka jawab Rasulullah SAW : ' Bagi Allah, kitabNya, RasulNya dan bagi Imam-imam kaum Muslimin dan orang awamnya(seluruh kaum muslimin). '

Wednesday, August 5

Debaran berakhir penyuntik semangat baru

assalamualaikum kepada semua pembaca n pengunjung...
alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana setiap anugerah dan nikmatnya kepada kita semua makhluk...
Sepertimana yang kita ketahui,pengajian di bumi anbiya' ini banyak dugaan dan cabaran...
tak usah la nak bercerita tentang dugaan dan cabaran tu,sebenarnya arini ana nak berkongsi sesuatau....

Biasalah,selepas imtihan kita semua akan menunggu natijah,dan sistem di Al-azhar yang menggunakan cara pengulangan tahun sekiranya gagal adalah perkara yang menakutkan...
seperti orang lain,bermula Bulan Ogos,pasti berdebar-debar menunggu natijah yang bakal di tampal...
Dahla 1hb orang nak buat demontrasi....semangat da ada,tapi comeh ngan natijah lagi tinggi....erm.....percubaan menenangkan diri sehingga demam...huhuhu...
bertambah lagi debaran dan perasaan cemas,kerana 2hb ogos adalah ulang tahun kelahiran ibuku....
Arrrrggghhh...perasaan cemas bertambah-tambah...ana leka memikirkan natijah yang bakal keluar...sehingga demam...huhuhu...
Menjelangnya 2hb Ogos,natijahku masih belum di tampal,pada hari itu natijah tahun satu syariah...Hatiku makin comeh.....
Pada 3hb ogos 2009,pada sebelah petang,natijah kami bagi pelajar-pelajar tahun 3 kuliah syariah di tampal...apabila mengetahui berita ini,hati ni dah macam sampai dulu ke al-Azhar untuk melihat natijah.Tetapi memandangkan pada masa itu sudah lewat,ana sekadar memberikan no matrik kepada sahabat-sahabat untuk melihat natijahku...
Hati ini semakin resah gelisah tak tentu arah...rasa-rasa nak berlari ke kuliah pun ada...
Menjelang beberapa minit,ana menelefon sahabat yang bernama azizudin yang berasal dari Perak...
'Salam Azi....
'Wsalam jan....
Zi...cane natijahku....
huuuuuuuuuuuuuuuuuurrrrmmm......
(aduish,napo panjang sangat keluhan ni,ati da x sodap ni)
Ijan..
.errrrrrrrrrrrrrmmmm...
'HANG NAJAH JAN'
pergh suspen gilo......
Alhamdulillah....ana najah untuk meneruskan ke tahun 4....
Lepas je letak panggilan tadi,berbekalkan kredit LE20,ana terus menghubungi mak ayah di Malayasia...Maka terjadilah dialog yang melonjakkan semangat ana...huhuhu...
Syukran kepada semua atas doa kalian ,,,,

Disini nak ucap tahniah n mabruuuuuuuuuuuuk kepada sahabat seangkatan dari negeri sembilan yang turut sam2 meneruskan perjuangan....





(USTAZ DANIEL FARHAN N USTAZ NAIM N ANA)
-saat sebelum masuk dewan peperiksaan...

Dan ucapan Tahniah n Syukran kepada sahabat2 studygroup yang banyak membantu dari pelbagai segi...





-HAMZI-PENANG
-AZIZUDIN-PERAK
-HADI-PERAK
-RUSYDI-KEDAH
-ARIP-KEDAH
-ZUHAILI-SELANGOR
-HELMI-PENANG
-SYAKIR-KL
-IJAN-N.SEMBILAN
-IHSAN-SELANGOR
-SYAMSUL-PERAK
-AMIN-PERAK
-DAN LAIN2....penat taip.....


Mabruk n syukran kepada semua....
Tak lupa kepada mak ayah tercinta.....


alhamdulillah....ana rasa lebih bersemangat untuk meneruskan langkah ke hadapan...
Ana tetap mengharapkan doa dari kalian.....


ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

ROSLIZAN BIN MOHD YUSOF
BILIK 202
RUMAH WILAYAH
HAYYU SABIE
CAIRO
EGYPT

Monday, August 3

Titian Pemandangan

Salam sejahtera kepada semua...
tujuan entri kali ini adalah untuk membangkitkan kesedaran pada diriku semata-mata...
Alhamdulillah kita di lahirkan dalam keadaan kita ni beragama islam,
mak ayah kita islam,
persekitaran kita islam...
Kita membesar dengan cara islam...
di didik dengan islam....
Ada di kalangan kita...
Sudah mengenali sirah2 Nabi2 semasa kecil lagi..
juga tahu pengorbanan sahabat-sahabat sekeliling Nabi-Nabi....
Alhamdulillah ramai di antara kita tahu tentang Islam.....
Sekarang ni,berapa ramai yang benar-benar menghayati Islam....
Kalau kita lihat dari jenis peranan....
Apa tanggungjawab kita yang belajar?untuk menghadapi masyarakat kita nanti?
Dapatkah kita jawab sekiranya di tanya kepada kita "Apa Dia Islam"????
Apa kita naka jawab?Sedangkan kita dari kecil lagi dah Islam....
Di mana Islam kita selama ini?....kenapa kita tidak bersungguh-sungguh mengkaji tentang Islam itu sendiri?Adakah disebabkan kita sudah lama beragama islam sehingga menyebabkan kita rasa kita mahir tentang islam...
Jika kita lihat pelbagai gerakan pada masa kini yang ingin menjauhkan masyarakat islam kita ini daripada mendalami islam...Kita sudah terdampar jauh sehingga pada masa kini ramai kanak-kanak,tak kurang juga remaja yang beragama islam,tetapi hanya tahu keislaman mereka ini hanya pada kad pengenalan,selain daripada warisan ibubapa mereka yang islam....

Di mana Peranan kita?

Kenapa benda yang begitu besar ini di pandang kecil,tu pun kalo sekiranya masih di pandang....

Sapa nak ubah?sapa nak bagi kesedaran?
Ini semua terletak di bahu kita...
Kita semua beragama islam,seharusnya mempelajari dan mendalami dari setiap segi tentang islam...
Semuanya ke atas kita,semuanya memerlukan peranan dan pengorbanan kita...
Sejauh mana kita sanggup bekerja dengan agama kita.

Kita semua harus melakukan gerak kerja...Bagaimana?terpulang kepada keadaan dan kemampuan kita..yang penting kita semua kena bekerja untuk islam...
Jangan pula kita jadi duri dalam daging atau gunting dalam lipatan dalam kerja2 islam..
Tatkala segelintir sahabat-sahabat kita bergolok-gadai tenaga,harta dan nyawa..Dengan mudah kita membantutkan kerja-kerja mereka.Jangan kita pula jadi musuh kepada agama sendiri...
Jika suatu masa dulu,seorang manusia yang telah berjaya menaikkan namanya sehingga sanggup melihat kejatuhan empayar islam,Janganlah pula kita pula menjadi punca terkuburnya islam di tanah air kita...

JAdi marilah kita sama-sama berusaha sedaya upaya melakukan gerak kerja islam...Marilah kita meneruskan mata rantaian perjuangan islam...

Bagaimana kita ingin memimpin dunia sedangkan liqa' kecil pun sering tak terlaksana...
Bagaimana nak menguatkan tenaga sedangkan hubungan dengan PemilikNya kita tak jaga..
Ku harap,cebisan idea di waktu subuh ini dapat menguatkan semangatku sendiri dalam melaksanakan setiap gerak-kerja dari segi idea,kudrat dan tenaga ini untuk Meneruskan perjuangan Pejuang-Pejuang Islam....




ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN......

ROSLIZAN BIN MOHD YUSOF
BILIK 202
RUMAH WILAYAH
HAYYU 7
2:13 PAGI

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...