Saturday, June 13

Sempena Hari Keluarga Negeri Sembilan

salam kepada sekian makhluk di bumi ini,
bersempena dengan hari keluarga anak2 negeri sembilan yang bakal berlangsung kurang dari 10 hari dari sekarang,saya ingin membuat ucapan dasar dan harapan saya kepada semua anak-anak negeri sembilan dibumi Mesir ini,ya,memang tak dinafikan sering kali orang mempertikaikan saya sebagai seorang yang ada kaitan dengan negeri sembilan atau tidak,rasa-rasanya tidak perlu saya jawab dalam ruangan kali ini,kerana pada kali ini jari-jemari yang seronok menari-nari untuk menekan papan ini adalah untuk membicarakan tentang harapan sempena hari keluarga yang bakal berlangsung.
Sepertimana yang kita ketahui hari keluarga adalah satu wasilah untuk kita mengumpulkan kesemua anak-anak negeri sembilan di Mesir ini,jadi pelbagai sudut kita kena lihat bagi memastikan mutu dan hasil yang kita perolehi selepas dari program ini,besarlah harapan saya untuk melihat ukhwah yang selama ini hebat dikalangan anak-anak negeri sembilan menjadi lebih erat dan kukuh sehingga tiada makhluk perosak ataupun pijat sekalipun dapat mengganggu keharmonian anak-anak negeri sembilan.
Dari sudut 'thaqafah' pula,dengan adanya penceramah-penceramah dan pengisi program yang bakal memberikan input kepada kita dapatlah kita realisasikan sebagai bekalan kita apabila berhadapan dengan masyarakat negeri sembilan khusus.Juga menjadi sebagai satu harapan agar anak-anak negeri sembilan meningkatkan usaha selain dari ilmu-ilmu di kuliah,kita menambahnya lagi dengan kelas-kelas bimbingan dari guru-guru yang hebat di Mesir ini yang sedia memberikan ilmu secara percuma,ianya cuma terpulang kepada kita untuk mengutip dan bagaimana cara untuk kita mengutipnya,adakah dengan cara .....?atau cara.....?terpulang pada anda untuk mentafsirkan...
sebelum saya mengakhiri watikah hari keluarga ini,saya mendoakan kita semua agar menjadi pejuang agama ALLAH di muka bumi ini,dan sentiasa berada di bawah naungan rahmat ALLAH...TAKBIR!

by-e-jan
RNSK
8:27am
Bilik Komputer

Lagu Tema Hari Keluarga Negeri Sembilan

Judul : Setanggi Kasih
Album : Qiblat
Munsyid : Rabbani


Mari kita nyalakan setanggi kasih yang mewangi
Di seluruh semesta pada sepanjang kembara
Kita akan temui bunga-bunga kebaikan
Hulurkan salam
Bersyukur kepada Tuhan

Hindari kejahatan dengan satu kebaikan
Agar kau kan rasa erti kemanisan iman
Ini setanggi kasih di persada cinta Tuhan
Suburkan cinta kita sesama insan

Tiada selain Tuhan berkuasa mendamaikan
Tiada selain Tuhan yang dapat menyatukan
Pasti kau temui nanti duri-duri permusuhan (kejahatan)
Hadapilah segalanya dengan kesabaran
Dan tempuhilah rintangan dengan keyakinan

Mari kita padamkan nyalaan benci yang membakar
Di sepenuh buana pada seluruh manusia
Kita akan sedari titik-titik persamaan
Taburkan damai
Bersyukur kepada insan

Hindari kejahatan dengan satu kebaikan
Agar kau kan rasa erti kemanisan iman
Ini setanggi kasih di persada cinta Tuhan
Suburkan cinta kita sesama insan

Hulurkan salam
Bersyukur kepada Tuhan

Senilagu: Norman/Yusry/Edry
Senikata: Pahrol Mohd Juoi
OP: KRU Publishing Sdn Bhd
SP: EMI Publishing M Sdn Bhd

Logo Hari Keluarga Anak2 Negeri Sembilan


Ni logo rasmi yg dicipta oleh abg im n9... Memang die pengalaman dalam bab2 mereka cipta logo nie... Ni pun atas cadangan abg along n9... ;p
Jadi, logo dicipta khas sempena HARI KELUARGA RNSK 2009...

Tema Hari Keluarga RNSK 2009 : Mahabbah Menyatukan Ummah

Maksud Logo:

- kalau kita tengok nampak gambar org happy kan... Maknanya, ikatan mahabbah antara anak2 negeri yg kuat dan jitu.

- Ada no 2009 plak... Cam bese la, semua org tahu kan... Tahun ni 2009 kan...

- Dan warna yg terdapat pada logo iaitu warna hitam, merah dan kuning untuk menunjukkan anak-anak negeri sembilan.

Itu saja yg saya dapat huraikan daripada logo yg dicipta oleh abg im n9...
Simple, Mudah, Ringkas dan Padat...

Semoga Allah memudahkan perjalanan Hari Keluarga RNSK 2009... Ameen...
Insya Allah...

Pahlawan,
Along

Promo Hari Keluarga Anak2 Negeri Sembilan-Mesir


salam sejahtera kepada semua...
marilah kita sama2 memeriahkan hari keluarga anak2 negeri sembilan di mesir.

Gempur Kembali

Kehadapan sahabat2 yang setia melayari blog ini,jutaan terima kasih sebab sudi mengunjungi blog yang serba dhaif ini,dan penulis yang baru menjinak2 kan diri dalam bidang penulisan ini..
Sudah lama rasanya tidak menulis ape2 dalam blog ni.
Tetibe arini rasa nak menulis,
Alhamdulillah pada 6hb Jun yang lalu telah berakhirnya musim imtihan yang amat digeruni bg setiap pelajar.Dan bagi kami amat bersyukur kerana dapat menghadiri kesemua madah bagi fasl 2 ni.Yela,seperti yang jita semua sedia maklum,di bumi Mesir ini sumenye bergantung pada rezeki ALLAH,kalo bukan kehendakNYA,mungkin kita xdapat nak g amek imtihan.Maka kita hendaklah berbanyak2 bersyukur ke hadrat ALLAH YANG MAHA ESA.
Bersempena ngan pengakhiran imtihan ini,saya ingin mengingatkan sahabat2 kebih2 lagi diri saya ini,bahawa tugas kita sebagai penuntu ilmu ALLAH dimuka bumi ini tidak berakhir dengan berakhirnya imtihan,tetapi berakhirnya imtihan ini adalah satu permulaan atau satu kesinambungan untuk kita terus-menerus menuntut ilmu di bumi Mesir ini.
Ya,seprti yang kita maklum Negara yang dipandang sebagai kiblat ilmu ini penuh dengan rahsia2 ilmu nya,mengalir keberkatan di dalamnya,melimpah2 para guru yang sedia member khidmat tunjuk ajar kepada kita,ha!tinggal kita saja yang mahu atau tidak,jadi,saya menyeru kepada mereka yang cintakan ilmu,MARI KITA GEMPUR KEMBALI,ya,mari kita gempur kembali tempat2 pengajian ilmu di Mesir ini,kerana rasa2nya semua kelas pengajian terus berlangsung,dan berbekalkan semangat imtihan yang baru saja kita lalui,kita gunakan semangat itu untuk terus mengecapi mutiara ilmu…
Sekian saja celoteh diri ini..Wasssalam

Friday, June 12

Berakhirnya Imtihan

Alhamdulillah telah berakhirnya imtihan fasal 2 2009...
kini semangat semakin membara untuk menuntut ilmu di bumi anbiya ini

Tuesday, May 12

ni aku copy je dari peti mesej friendster...huhuhu...

ni aku copy je dari peti mesej friendster...huhuhu...

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak

Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati.... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan .... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.....mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk......mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku...mak

Yang selalu puji aku....mak

Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja.... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....:"(

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...