Antara Tanda-tanda Iman Menjadi Lemah
Assalamualaikum.. Disini saya hendak kongsikan sedikit info iman menjadi lemah untuk diri sendiri dan pengunjung blog sebagai renungan. Semoga mendapat manfaat bersama-sama. Melakukan dosa tetapi tidak berasa bersalah. Merasa susah untuk bangun bagi mengerjakan solat subuh. Tiada rasa khusyu' di dalam solat. Asyik merungut dengan ketentuan takdir. Tidak bersabar apabila menerima ujian. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia sahaja. Meninggalkan Al-Quran tanpa dibaca. Tidak endah apabila melihat manusia melakukan maksiat hatta diri sendiri melakukannya. Tidak berasa bersalah apabila melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Tidak merasakan apa-apa pun bila mendengar bacaan ayat suci Al-Quran. Menyuruh orang buat baik tetapi diri sendiri tidak mempraktikkannya. Berasa senang atau gembira ketika ada sesuatu perkara yang buruk atau tiada kemajuan terjadi pada orang lain. Hanya peduli haram dan haram sahaja, makruh dia tidak ambil kisah. Mentertawakan or